Perniagaan Makanan
Nama |
: Ahmad Iskandar Bin Sulaiman |
Umur |
: 30 Tahun |
Ahli |
: 2015 |
Latar belakang
Ahmad Iskandar Bin Sulaiman merupakan seorang usahawan yang berumur 30 tahun. Beliau ialah usahawan perniagaan ayam goreng yang diberi nama ‘ayam goreng aqif’ dan merupakan graduan lepasan diploma dalam bidang art and design, sudah berkahwin,mempunyai seorang cahayamata dan seorang yang menggemari bidang perniagaan dan mempunyai 2 cawangan kedai.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum menceburi bidang perniagaan beliau juga bekerja secara sepenuh masa dan hanya mengharapkan gaji bulanan sahaja.Setelah berkahwin beliau telah menetap di kampung halaman iaitu di Kampung Luit dan memulakan perniagaan gerai jalanan sahaja.
Perkenalan dengan petugas PEDi telah merubah pernigaannya sehingga tular dan mendapat tempat di kalangan penggemar ayam goreng. Kelas E-usahawan yang di sertainya di PEDi membuka lembaran baru baginya sehingga berjaya meyakinkan pihak pengurusan Pasaraya Econsave bagi melayakkan beliau mendapat tender kedai makan di dalam pasaraya.
NAMA : KASMARINA BT SAFIA
UMUR : 33 TAHUN
AHLI : 2014
Latar belakang
Puan Kasmarina Bt Safii merupakan usahawan kerepek
Memulakan perniagaan semenjak 2 tahun lepas
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Tidak pandai menggunakan komputer
Pendapatan kurang memuaskan
- Mengambil tempahan melalui rakan dan mulut ke mulut
- Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
-
Bersama rakan rakan amanah iktiar mempelajari cara pemasaran produk di PEDi Kg Luit
-
Petugas telah mengajar cara memasarkan produk melalui facebook dan dashboard komuniti (myshop)
-
Kini beliau sudah mengaplikasikan pembelajaran yang dipelajari di dalam perniagaannya.
-
Beliau menggunakan aplikasi my shop dan facebook untuk memasarkan produk
-
Pendapatan semakin hari semakin meningkat
Latar belakang
Puan Salina merupakan usahawan makanan yang mula menjalankan perniagaan kedai makan dan catering. Beliau sudah terlibat dalam perniagaan lebih pada 10 tahun dan sudah banyak melalui jatuh bangun dalam bidang bidang perniagaan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
- Dulu hanya memasarkan produk melalui tempahan rakan rakan
- Pemasaran produk terhad kepada penduduk yang tinggal berdekatan sahaja kerana promosi dijalankan secara kecil-kecilan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
- Semenjak PEDi Kg Luit ditubuhkan banyak kemudahan yang telah diperoleh antaranya ialah belajar secara percuma. Antara kelas yang dihadiri ialah dashboard, pemasaran melalui facebook dan Instagram.
- Dengan penggunaan ICT beliau dapat menjalankan promosi secara meluas misalnya melalui akaun facebook, Instagram dan sebagainya.
- Beliau dapat menjimatkan kos pengiklanan kerana maklumat dapat dikemaskini pada bila-bila masa jika terdapat maklumat baru yang ingin disampaikan kepada pelanggan.
- Penggunaan ICT juga dapat membantu beliau menyebarkan maklumat perniagaan dengan lebih pantas kepada orang ramai termasuk yang berada di bandar-bandar besar.
- Tahap kemahiran terhadap penggunaan komputer lebih tinggi berbanding sebelum ini.
Pendapatan yang diperolehi juga semakin meningkat kerana mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan dari serata negeri.
Apa yang dipelajari melalui PEDi
- Pemasaran melalui myshop
- Pemasaran melalui facebook
Bagaimana PEDi membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
- PEDi dapat membantu usahawan dalam mengembangkan perniagaan mereka kerana para usahawan akan diberi tunjuk ajar untuk memperkenalkan produk yang dihasilkan secara atas talian sekaligus dapat mengembangkan lagi perniagaan mereka
NAMA : MUHAMMAD HAIQAL HAFIZ BIN FATHURAZHAR
UMUR : 12 TAHUN
AHLI : 2016
Latar belakang
Adik Haiqal berumur 12 tahun dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Ulu Luit . Merupakan anak ketiga daripada 6 orang adik beradik. Adik Haiqal bercita -cita untuk menjadi seorang ahli bomba apabila besar nanti. Beliau merupakan ahli PEDi Kg Luit semenjak tahun 2015 lagi. Dengan adanya PEDi beliau selalu berkunjung untuk mengikuti kelas ICT yang diadakan pada hujung minggu bersama kawan-kawannya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Pada mulanya adik Haiqal hanya melihat sahaja jika rakan-rakan sedang menggunakan komputer dengan tujuan bermain permainan online ataupun membuat kerja kursus sekolah dan mencari maklumat dengan melayari internet. Beliau tidak yakin untuk menggunakan komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Adik Haiqal ini sikit demi sedikit sudah tidak takut untuk menekan keyboard mahupun tetikus. Dia juga sudah pandai untuk mencuba melayari internet dan menggunakan aplikasi-aplikasi di dalam komputer. Banyak perubahan yang dapat dilihat dari segi kemahiran mengendalikan komputer,menaip dan lain-lain.
Nama : Fatin Nur Hasanah
Umur : 10 Tahun
Ahli : 2016
Latar belakang
Adik Fatin Nur Hasanah berumur 10 tahun. Merupakan anak ketiga daripada lima adik beradik. Adik ini bersekolah di SK Ulu Luit. Ayahnya seorang pekerja kerajaan manakala ibunya seorang surirumah sepenuh masa. Hobi beliau adalah menonton you tube dan bercita-cita menjadi seorang guru apabila dewasa nanti.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Adik Hasanah sering berkunjung ke PEDi bersama kawan-kawan nya untuk menonton YouTube. Beliau tahu asas menaip kerana di rumah beliau mempunyai sebuah komputer. Tetapi tidak pandai untuk menggunakan aplikasi seperti excell dan powerpoint.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sering mengikuti kelas ICT yang diadakan pada hujung minggu dan cuti sekolah membolehkan beliau belajar perisian komputer. Malah beliau juga boleh menggunakan aplikasi words,excel dan powerpoint. Beliau juga menggunakan kemudahan wifi Komuniti untuk menyiapkan kerja sekolah dan sebagainya. Kini beliau mampu memberi tunjuk ajar kepada kawan-kawan serta adik adik yang di bawah umur .
Apa yang dipelajari melalui PEDi
- Mempelajari perisian komputer
- Mempelajari dan mengenali perkakasan komputer
- Belajar menaip
- Menerokai fungsi setiap perkakasan komputer dan aplikasi di dalam komputer.
Bagaimana PEDi membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT.
Dengan adanya kelas ICT yang diadakan semasa hujung minggu dan musim cuti sekolah, dapat mempertingkatkan kemahiran penggunaan komputer serta aplikasi di dalam talian.