Tatacara Penggunaan Alternatif Pencahayaan (Lilin/Pelita

Pengendalian lilin / pelita yang tidak betul boleh mengakibatkan bencana. Statistik kebakaran menunjukkan bahawa kebakaran rumah akibat penyalahgunaan lilin / pelita kian meningkat.

  • Pastikan lilin atau sebarang punca api yang digunakan di dalam pengawasan anda.
  • Padamkan semua lilin sebelum meninggalkan bilik atau sebelum tidur. Penggunaan liIin di dalam bilik tidur adalah tidak digalakkan. Jika tidak dapat dielakkan, pastikan lilin diletakkan di tempat yang bebas dari langsir, kain, perabot, majalah dan suratkhabar.
  • Pastikan lilin tidak diletakkan berhampiran dengan cecair mudah bakar.
  • Elakkan memasang Iilin berhampiran tingkap atau pintu, di mana ia terdedah kepada tiupan angin yang boleh mengakibatkan ia mudah terbakar bila bertindak balas dengan api.


GUNAKAN PEMEGANG LILIN YANG:

  • Stabil. Tidak mudah menjadi condong atau miring.
  • Bukan daripada bahan mudah bakar.
  • Mempunyai ruang yang mencukupi bagi mengumpul titisan lilin atau jika lilin terjatuh.


Letakkan lilin di atas tempat yang stabil, dan di atas permukaan meja yang tidak bersepah, jauh daripada bucu meja.
Elakkan dari terjaluh akibat dilanggar oleh kanak-kanak, binatang peliharaan atau tikus dan jika terjaluh pastikan ia tidak berhampiran atau terkena bahan mudah bakar. Hidupkan lilin dengan cermat.
Pastikan rambut dan pakaian anda bebas dari punca api.
Pastikan sumbu lilin digunting pada satu perempat inci sebelum digunakan.
Padamkan lilin jika ia terbakar dalam dua inci dari pemegang Iilin.
Padamkan lilin dengan cermat menggunakan pemadam lilin atau tiup lilin dengan perlahan-Iahan.
Padamkan dan sejukkan balang mancis yang digunakan bagi menghidupkan lilin sebelum membuangnya.

Keselamatan Kenderaan di Tapak Pembinaan - satu panduan ringkas

Oleh Mohd Fairuz Ab Rahman, Mohd Fiqri Mohd Hanafi & Mohamad Syamir Senin

Pengenalan

1. Kemalangan melibatkan kenderaan di tapak pembinaan banyak berlaku pada mutakhir ini dan setiap tahun. Pada tahun 2019, seramai 27 pekerja terkorban dalam kemalangan berkaitan kenderaan di tapak pembinaan. Dua belas orang daripada mereka adalah pekerja am, manakala lima orang adalah pemandu.

figure1 vehicle accidents

Rajah 1. Pada tahun 2019, kemalangan berkaitan kenderaan menyumbang bilangan kedua tertinggi kemalangan maut pekerja pembinaan.

2. Penyebab utama kematian adalah pekerja dihimpit atau dilanggar kenderaan atau jatuh dari atasnya. Jenis utama kenderaan yang terlibat dalam kemalangan maut adalah lori (8).

3. Panduan ini ditujukan kepada pengurus dan pemandu untuk membantu mereka mengurangkan kebarangkalian berlakunya kemalangan berkaitan kenderaan. Majikan mempunyai kewajipan perundangan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjanya, kontraktor dan orang awam tidak terdedah kepada risiko yang terhasil daripada pengusahaannya.

4. Pekerja dan orang yang bekerja sendiri mempunyai kewajipan untuk memastikan keselamatan diri sendiri dan orang lain yang mungkin terkesan dengan kerja mereka.

5. Keselamatan kenderaan termasuklah kenderaan yang digunakan di tapak dan kenderaan yang diletakkan di jalan awam bersebelahan dengan tapak untuk tujuan memuat dan memunggah.

Pengurusan keselamatan kenderaan di tapak pembinaan

6. Pengurusan keselamatan kenderaan memerlukan pentaksiran risiko. Pentaksiran risiko haruslah mengambil kira tiga perkara utama, iaitu:

  • tapak yang selamat (reka bentuk dan aktiviti);

  • kenderaan yang selamat; dan

  • pemandu yang selamat.

Tapak yang selamat - reka bentuk

Pengasingan

  • Sediakan laluan trafik pekerja dan kenderaan yang berasingan

  • Jika pengasingan sempurna tidak mengizinkan, tanda dengan jelas laluan trafik pekerja dan kenderaan menggunakan halangan dan papan tanda

  • Sediakan laluan masuk dan keluar yang berasingan untuk pekerja dan kenderaan

 

 

Sebagai ibu bapa yang prihatin dan mahukan anak-anak berjaya dalam kehidupan, anda perlulah melabur dalam kesihatan mereka. Berusahalah untuk memberi makanan yang pelbagai, seimbang dan berkhasiat agar anak-anak yang sedang bersekolah dapat membesar dan kekal sihat.

Pemilihan dan amalan pengambilan makanan sihat perlu diterapkan di kalangan kanak-kanak sekolah. Berikut adalah panduan am untuk membantu anda memilih makanan sihat untuk anak-anak agar mereka dapat makan secara sihat dan belajar menikmati makanan berkhasiat: Anda juga boleh bekalkan mereka makanan yang berkhasiat disediakan di rumah. Sekiranya ada majlis-majlis di sekolah yang perlukan sumbangan makanan, bekalkan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan potong yang digaulkan dengan jus lemon dan sebagainya.

  1. Gunakan maklumat yang positifBeritahu anak-anak bahawa semua makanan boleh memenuhi keperluan pemakanan yang sihat. Tidak ada makanan yang baik atau tidak baik. Kunci utama pemakanan sihat ialah pilihan dan pengambilan makanan secara sederhana. Ajar mereka mengenai pemakanan yang baik dengan cara yang mudah seperti Yogurt dan susu boleh membantu perkembangan tulang yang kuat atau lobak merah membantu anda melihat dalam keadaan yang gelap.
  2. Tumpukan kepada pemilihan makanan yang kaya dengan nutrienSentiasa galakkan anak anda untuk memilih makanan yang kaya dengan nutrien di kantin sekolah. Ajar mereka untuk sentiasa memilih makanan seperti:
    • Buah-buahan pelbagai warna sebagai snek berbanding gula-gula.
    • Sayur-sayuran beraneka warna.
    • Makanan yang diperkaya dengan nutrien, bijirin penuh dan yang tinggi serat.
    • Minuman bersusu berbanding minuman kordial.
    • Hidangan yang kurang berminyak dan bergula.
    • Hidangan yang mengandungi produk kekacang seperti tempe dan tauhu selain ayam, daging dan ikan.
  3. Tetapkan peraturan makanan keluargaKanak-kanak lebih mudah memilih makanan sekiranya mereka tahu peraturan pemakanan keluarga. Contohnya, setiap ahli keluarga wajib bersarapan pagi setiap hari, susu ialah minuman pilihan selepas makan malam atau snek di sekolah perlulah daripada 5 kumpulan makanan dalam piramid makanan dan yang kurang minyak, garam dan gula.

    Tetapkan beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi apabila makan di luar, seperti memesan air buah-buahan atau air kosong.

  4. Jadi contoh yang baikKanak-kanak mudah dipengaruhi oleh keadaan sekeliling dan orang yang rapat dengan mereka. Sebagai ibu bapa, pemilihan makanan yang anda buat akan mempengaruhi anak-anak. Jika anda memilih makanan yang sihat, anak-anak juga akan mencontohi anda.

    Selain menunjukkan contoh tabiat makan yang sihat, bincang dengan anak-anak tentang Panduan Piramid Makanan dan pelbagai sajian makanan lazat yang boleh dinikmati.

  5. Masak bersamaKanak-kanak lebih teruja dan berminat untuk mengambil makanan sihat apabila mereka diberi peluang untuk menyediakan makanan. Libatkan mereka semasa menyediakan hidangan. Benarkan mereka menambah apa yang mereka gemar dalam makanan mengikut kreativiti mereka. Adakan sesi permainan masak-memasak bersama kawan-kawan mereka atau pergi ke kelas masakan bersama mereka.
  6. Membeli makanan bersamaLibatkan anak-anak semasa membeli belah atau ajak mereka sama-sama menanam sayur atau buah di kebun, sekiranya ada. Pilih makanan yang kaya dengan nutrien. Bantu anak memilih satu atau dua bungkusan makanan snek kegemaran mereka yang kaya dengan nutrien untuk dibawa ke sekolah.
  7. Bincang berkenaan pilihan makanan sihat

    Selalulah berbincang dengan anak anda berkenaan pemilihan makanan dan mengapa pemakanan sihat itu penting untuk pembelajaran dan menjadi lebih aktif di sekolah. Sama ada di restoran makanan segera, kantin sekolah atau vending machine, galakkan mereka untuk memilih makanan yang berkhasiat seperti minuman bersusu atau jus buah-buahan berbanding minuman berkarbonat, dan sandwich berbanding keropok kentang.

    Jelaskan kepada mereka bahawa anda selalu memilih makanan berkhasiat apabila membeli barangan dapur atau apabila makan di luar.

  8. Pastikan makanan berkhasiat mudah diperoleh

    Sediakan bekalan makanan berkhasiat di rumah. Ini termasuklah pelbagai buah-buahan seperti pisang, jambu batu, epal dan oren serta sayur-sayuran yang boleh dimakan mentah seperti salad, timun dan tomato (tidak ramai anak-anak yang makan sayur mentah) dan susu rendah lemak atau susu berperisa, keju, yogurt, snek bijirin penuh atau rendah lemak dan biskut bergula.

    Ingatkan anak anda bahawa mereka boleh memilih makanan ini jika mereka lapar dan memerlukannya dalam keadaan tergesa-gesa.

  9. Jadikan waktu makan sebagai waktu bersama-sama keluarga

    Jadikan waktu makan sebagai waktu yang penting untuk semua ahli keluarga. Waktu makan bersama-sama tidak hanya tertumpu pada waktu makan malam, ia boleh juga pada sebarang waktu makan yang sesuai dengan anda.

    Makan bersama-sama mampu menggalakkan pemakanan sihat. Libatkan anak semasa merancang dan menyediakan makanan. Ini akan membantu mereka belajar mengenai  kepentingan memilih makanan berkhasiat dan makan bersama-sama.

Semakan akhir : 19 April 2012
Penulis : Pn. Siti Mariam binti Ali
Penyemak : Pn. Jamilah binti Ahmad