Nama : Nurul Liana Binti Mohd Roduan

Umur : 32 Tahun

Ahli : 2018

Latar belakang

Puan Nurul Liana merupakan usahawan online yang menjual pelbagai pakaian

  • Beliau telah memulakan perniagaan semenjak 3 tahun lepas secara kecil- kecilan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Hanya tahu asas computer sahaja

Pendapatan kurang memuaskan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

  • Menghadiri kelas setiap masa
  • Mempelajari cara memasarkan produk melalui facebook dan dashboard komuniti (myshop)
  • Kini beliau sudah mengaplikasikan pembelajaran yang dipelajari di dalam perniagaannya.
  • Beliau menggunakan aplikasi my shop dan facebook dan Instagram untuk memasarkan produk
  • Pendapatan semakin hari semakin meningkat

Nama : Nur Syafiqah Binti Mohd Abdullah

Umur : 20 Tahun

Ahli : 2017

Latar belakang

Nur Syafiqah Binti Mohd Abdullah berumur 20 tahun merupakan anak sulung daripada 4 adik beradik. Memulakan persekolahan awal darjah 1- 6 di SK Ulu Luit. Mendapat keputusan yang cemerlang di dalam UPSR dan seterusnya bersekolah Menengah di SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan. Hobi beliau adalah membaca dan menyanyi dan bercita-cita ingin menjadi Ahli Farmasi suatu hari nanti. Sekarang beliau menuntut di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian)

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum beliau berkunjung ke PEDi, beliau mengalami kesukaran untuk menghadiri kelas secara online kerana kelajuan internet di kawasan rumah beliau tidak begitu stabil.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas beliau mengambil keputusan untuk belajar di PEDi dan menggunakan kemudahan wifi, beliau dapat menghadiri kelas secara online dengan baik sekali. Beliau dapat menyertai kelas secara langsung di platfrom Microsoft Teams dan sebagainya.

pqah

Nama : Mohd Amirul Bin Jamaludin

Umur : 19 Tahun

Ahli : 2015

Latar Belakang : 

Mohd Amirul Bin Jamaludin merupakan anak kedua daripada 3 orang adik beradik. Pelajar ini baru selesai menduduki peperiksaan SPM tahun 2021 dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Jengka. Seorang yang bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang doktor. Pada masa lapang beliau suka bermain bola sepak. Oleh kerana minatnya kepada bola sepak, beliau sering mengambil bahagian di dalam pertandingan bola sepak di sekolah. Seorang yang pemalu tetapi ramah apabila rapat dengannya dia seorang yang peramah dan banyak cakap.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan di PEDi :

Beliau daripada umur 10 tahun sudah dating ke Pedi untuk melayari computer kerana di rumah dia tidak mempunyai komputer dan telefon bimbit. Pada mulanya agak lemah untuk menaip dan hanya menggunakan komputer untuk bermain game. Beliau juga tidak mengetahui komponen-komponen serta aplikasi yang terdapat di dalam komputer.Penggunaan komputer di sekolah juga terhad membataskan beliau untuk belajar secara mendalam mengenai komputer serta jarak cyber café yang agak jauh.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan di PEDi :

Setelah menjadi ahli PEDi, adik Amirul kerap ke PEDi untuk belajar cara-cara menggunakan komputer dan sering mengikuti kelas ICT yang di adakan oleh petugas pusat internet menjadikan beliau menguasai bidang komputer. Kini, beliau mahir menggunakan aplikasi komputer seperti e-pembelajaran yang sering menjadi rujukan untuk membuat latihan. Semua maklumat yang diperlukan dapat dengan pantas dengan menggunakan internet yang disediakan.

 

Nama : Nurul Lyani Binti Mohd Roduan

Umur : 29 Tahun

Ahli : 2017

Latar belakang

Puan Nurul Lyani berumur 29 tahun merupakan seorang suri rumahtangga sepanjang masa. Beliau merupakan ibu kepada dua orang cahaya mata. Mula menceburkan diri dalan bidang perniagaan online pada tahun 2020. Pada mulanya menjual pakaian preloved di media sosial sementara mengumpul modal untuk menjual pakaian. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum beliau berkunjung ke PEDi, beliau mengalami kesukaran untuk menjual di media sosial kerana kurang ilmu dan maklumat terhadap perniagaan di atas talian. Beliau juga tidak tahu menggunakan platform yang ada untuk memasarkan dan memperluaskan lagi perniagaan beliau. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas beliau mengambil keputusan untuk belajar di PEDi dan menggunakan kemudahan wifi yang di sediakan di PEDi, beliau dapat menghadiri kelas usahawan secara online dengan baik sekali. Beliau dapat menyertai kelas secara langsung di platfrom Microsoft Teams dan sebagainya. Selain itu ia juga dapat memasarkan perniagaannya lebih luas lagi.

NAMA : MUHAMMAD ADAM HARIF  

UMUR : 12 TAHUN 

AHLI : 2016

pp2

Latar belakang 

Muhammad Adam Harif adalah pengunjung yang sering berkunjung ke Pi Kg Luit bagi urusan menyiapkan kerja sekolah dan berjumpa rakan. Beliau yang sering kali sibuk dengan urusan lain mengurangkan beliau daripada aktiviti berkaitan ICT ditambah dengan duduk di Asrama memandangkan tahuni ni beliau akan menduduki peperiksaan UPSR. Namun, jika beliau balik dari asrama beliau akan berkunjung ke PI untuk mengikuti kelas ICT yang di jalankan pada hujung minggu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M 

Sebelum penglibatannya di PI, beliau tidak mempunyai email peribadi, tidak cekap menaip dan tidak mampu untuk mencetak/menggunakan mesin pencetak. Sebarang rujukan kerja sekolah yang ingin beliau kaji akan dibantu dan dicetak oleh petugas PI. Beliau juga tidak mampu untuk menaip dengan cekap selain tidak boleh menggunakan peralatan ICT tanpa bantuan petugas. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M 

Petugas telah memberi panduan kepada peserta mengenai teknik asas menggunakan teknologi email, perisian seperti Microsoft Word dan melayari internet untuk mencari maklumat di PI. Setelah melalui beberapa latihan dan bengkel ICT di PI, Adam mahir menaip dengan cekap.