Kampung Luit terletak ditepi laluan utama menuju ke Bandar Maran yang jaraknya 6 km dari Bandar Maran, 40 km ke Bandar Temerloh dan 60 km dari Bandar Kuantan. Kampung Luit terletak di dalam Mukim Luit, dibahagikan kepada dua kawasan iaitu Luit 1 dan Luit 2. Kampung Luit terletak di kawasan Luit 1. PUSAT INTERNET KG LUIT terletak di Dewan JKKK, Kampung Luit, Maran Pahang. PI Kg Luit ditubuhkan pada bulan April 2009.

Objektif penubuhan

Memberi kemudahan capaian Internet kepada komuniti tempatan.

Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.

Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di PI.

Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat Kerajaan.

Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 

PI menawarkan latihan ICT secara PERCUMA kepada semua pengunjung. Antara latihan/ kursus /bengkel yang disediakan:

  • -  Pengenalan asas komputer
  • -  Asas Internet
  • -  Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran & e-dagang).
  • -  Desktop Publishing (Microsoft Office).
  • -  Adobe Photoshop.   
  • -  Intel Learn Easy Step (ILES).
  • -  Latihan Keusahawanan.