Nama

: Ahmad Iskandar Bin Sulaiman

Umur

: 30 Tahun

Ahli

: 2015

Latar belakang

Ahmad Iskandar Bin Sulaiman merupakan seorang usahawan  yang berumur 30 tahun. Beliau ialah usahawan perniagaan ayam goreng yang diberi nama ‘ayam goreng aqif’ dan merupakan graduan lepasan diploma dalam bidang art and design, sudah berkahwin,mempunyai seorang cahayamata dan seorang yang menggemari bidang perniagaan dan mempunyai 2 cawangan kedai.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum menceburi bidang perniagaan beliau juga bekerja secara sepenuh masa dan hanya mengharapkan gaji bulanan sahaja.Setelah berkahwin beliau telah menetap di kampung halaman iaitu di Kampung Luit dan memulakan perniagaan gerai jalanan sahaja.

Perkenalan dengan petugas PEDi telah merubah pernigaannya sehingga tular dan mendapat tempat di kalangan penggemar ayam goreng. Kelas E-usahawan yang di sertainya di PEDi membuka lembaran baru baginya sehingga berjaya meyakinkan pihak pengurusan Pasaraya Econsave bagi melayakkan beliau mendapat tender kedai makan di dalam pasaraya.