PUNCA KUASA PENUBUHAN

1. Asas Penubuhan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

Fasal (1) Perkara 24 Bahagian 1 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang.

Raja Pemerintah Ketua Ugama Negeri

24. (1) Ketua Ugama Negeri hendaklah Raja Pemerintah dan Raja Pemerintah,dari satu masa ke satu masa,bolehlah mengeluarkan perintah supaya diadakan lagi apa-apa undang-undang sebagaimana yang patut pada timbangan baginda bagi maksud mengatur hal ehwal agama dan bagi menubuhkan sebuah Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu yang akan digelar dalam bahasa Inggeris “Council of Religion and Malay Custom” bagi menolong dan menasihatkan Raja Pemerintah dalam semua perkara mengenai Ugama Negeri dan Adat Resam Melayu.

2. Penubuhan dan Pemerbadanan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

Seksyen 4(1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991.

4. (1) Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan bernama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang kekal turun-menurun dan boleh mendakwa dan didakwa atas namanya dan, tertakluk kepada dan bagi maksud Enakmen ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperolehi, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindah hak, menyerah hak, menyerah balik, memulangkan, menggadai, menggadai janji, mendemis, menyerah hak semula, memindah milik atau dengan cara lain melupuskan atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Majlis mengikut apa-apa syarat yang Majlis fikirkan patut.

 

Menceritakan sejarah Sungai Lembing, menurut cerita yang pernah diceritakan oleh arwah datuknya, Sungai Lembing mendapat nama dari kisah sebatang lembing yang digunakan untuk menongkah arus deras di Sungai Kenau.  Sejak dari itu, tempat berkenaan di namakan dengan Sungai Lembing, sempena peristiwa tersebut.

Menurut versi lain, Sungai Lembing dijumpai oleh dua orang, Tok Keboh yang kini berpusat di Ladang Mentiga dan Tok Kenau yang berasal dari Kuala Kenau. Mereka juga di antara yang terawal menjumpai bijih timah di Sungai Lembing.  Tok Tangguk, anak kepada Tok Kebah yang mengantikan bapanya meneruskan legasi mengambil alih dan membesarkan perusahaan bijih timah di Sungai Lembing sebelum di ambil alih oleh pelombong Cina.

Sungai Lembing mendapat nama dari peristiwa seekor kijang.  Sekumpulan orang asli telah melontar sebatang lembing kepada kijang tersebut. Demi menyelamatkan diri kijang telah terjun dan hilang di Sungai Kenau.  Dan begitulah Sungai Lembing mendapat namanya.

Lombong bijih timah Sungai Lembing mempunyai kedalaman sedalam 610 sehingga 700 meter.  Ketinggian terowong adalah dari 12 kaki sehingga 200 kaki.  Panjangnya pula adalah 322 kilometer panjang dan ia telah menjadikan Lombong Bijih timah Sungai Lembing sebagai yang terdalam di dunia. Tiada peralatan moden digunakan.  Pelombong menggali lombong secara manual dengan bantuan bahan letupa

Industri perlombongan di Sungai Lembing di bangunkan pada tahun 1886 oleh Mr William Frazer, mewakili syarikat The Pahang Mining Company Limited yang berpusat di London.  Pada 1888, syarikat telah menukarkan nama kepada The Pahang Corporation Limited (PCL) kerana masalah kewangan.

Pada tahun 1906 PCL telah di tutup dan di ambil alih oleh Syarikat Pahang Consolidated Company Limited (PCCL).  Sepanjang tempoh berkenaan sehingga tahun 1915 terowong sepanjang 40 batu telah di korek.

Hasil daripada bijih timah di sungai Lembing diungkap sebagai ‘Penyelamat Mahkota Ratu England’ yang mana ketika itu Britain mengalami kemerosotan ekonomi yang agak serius.

Namun Lombong Bijih Timah mengalami zaman kemorosotannya setelah syarikat gagal menguruskan hasil pribumi ini dengan betul dan akibat kejatuhan pasaran bijih timah dunia.  Pada tahun 1986 menyaksikan berakhirnya zaman kegemilangan Sungai Lembing.  Dan kini Lombong Bijih Timah Sungai Lembing hanyalah tinggal kenangan dan sejarah.

Kini, Sungai Lembing makin di kenali sebagai tempat pelancongan.  Bekas tapak lombong bijih timah menjadi sumber tarikan utama bagi penduduk setempat dan juga pelancong dari luar negara.  Di situ kita boleh merasai pengalaman berada di dalam terowong sempit yang pernah satu ketika dulu menjadi sumber rezeki bagi penduduk Sungai Lembing.

Sungai Lembing, Bandar yang ditinggalkan selepas penutupan lombong bijih timah pada tahun 1996.  Rata-rata penduduk berpindah kerana peluang pekerjaan tiada lagi di Sungai Lembing selepas penutupan lombong. Bangunan lama yang makin usang dan tidak berpenghuni menyebabkan Sungai Lembing dikenali sebagai ‘Ghost Town’.  Hanya warga tua yang menetap disitu sementara yang muda mula meninggalkan Pekan berkenaan.

Berada di Sungai Lembing seperti kita berada di zaman silam. Bangunan kayu usang berdindingkan zink yang ditinggalkan mengembalikan nostalgia lama. Tiada bangunan batu pencakar langit, hanya yang ada ialah tinggalan bangunan dan rumah kayu usang. Penduduk setempat masih lagi mengekalkan seni bina tradisional lama. Sepanjang kami di sana hanya satu bangunan batu dan yang lainnya masih lagi kekal seperti dahulu.

Di antara tempat menarik yang boleh di lawati adalah Muzium Sungai Lembing, Air Terjun Pelangi, Gunung Panorama, Gunung Tapis, Tai Pei Tong (Lombong bijih timah bawah tanah) Ladang Rusa, Jambatan Gantung yang sudah berusia lebih 100 tahun dan Time Capsule Retreat adalah salah satu tempat penginapan yang tersenarai sebagai ‘Top 10 Hotel to Visit in Malaysia’
 

Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) mula ditubuhkan pada tahun 1926. Yang Dipertua Majlis pertama adalah Al-Marhum Yang Amat Mulia Tengku Besar Sulaiman. Pada permulaan, Majlis dikenali sebagai Majlis Anggota Islam Pahang, kemudian berubah nama kepada Majlis Ugama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Pahang, akhirnya bertukar kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang kekal sehingga hari ini.

Pada 8 Mei 1974, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustai’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayattudin Al-Muadzam Shah ditabal menaiki takhta Kerajaan Negeri Pahang. Selaku Ketua Agama Negeri Pahang, Baginda telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis. Namun begitu, mulai 1 November 1984, Baginda Sultan telah melantik Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang selaku Yang Dipertua Majlis dan kekal menerajui Majlis sehingga hari ini.

pejabat_operasi

Pejabat Operasi Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang

Namun begitu, atas rasa keprihatinan, KDYMM Sultan Pahang berkenan mengurniakan sebidang tanah seluas 4.35 ekar untuk pembinaan sebuah kompleks pentadbiran Majlis. Pada 21 Oktober 2002, KDYMM Sultan Pahang berkenan menyempurnakan upacara pecah tanah menandakan bermulanya pembinaan kompleks ini. Pembinaan kompleks ini sebagai Ibu Pejabat Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang telah menelan kos keseluruhan berjumlah RM13.85 juta, sebanyak RM6 juta disumbangkan oleh Kerajaan Persekutuan manakala kos selebihnya ditanggung oleh Majlis sendiri.

Pada 5 Julai 2006 satu upacara Majlis Serahan Bangunan Kompleks Majlis di Jalan Istana Permai Pekan oleh Pengarah JKR Negeri Pahang YH. Dato’ Rosman bin Yahya kepada YDH. Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Wan Hassan selaku Timbalan Yang Dipertua Majlis telah diadakan di Dewan Teater Majlis. Bermula dari tarikh tersebut, operasi pentadbiran Majlis berpindah dari Pejabat KDYMM Sultan Pahang ke bangunan kompleksnya sendiri.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang telah merasmikan kompleks ini pada tanggal 21 Jun 2007 dan berkenan menamakannya sebagai Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah.

sejarah_majlis

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR PAHANG
 

image

Alamat Pejabat :

Pejabat Menteri Besar, Tingkat 2, Blok A, Wisma Sri Pahang, 25503 Kuantan

Alamat Rumah :

Kediaman Rasmi YAB. Menteri Besar Pahang, Jalan Telok Sisek, 25000                    
Kuantan, Pahang

No. Tel Pejabat :

09-5121682

No. Faks  :

09-5157766

Emel  :

mb[at]pahang[dot]gov[dot]my