SEJARAH PENUBUHAN MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG

Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) mula ditubuhkan pada tahun 1926. Yang Dipertua Majlis pertama adalah Al-Marhum Yang Amat Mulia Tengku Besar Sulaiman. Pada permulaan, Majlis dikenali sebagai Majlis Anggota Islam Pahang, kemudian berubah nama kepada Majlis Ugama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Pahang, akhirnya bertukar kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang kekal sehingga hari ini.

Pada 8 Mei 1974, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustai’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayattudin Al-Muadzam Shah ditabal menaiki takhta Kerajaan Negeri Pahang. Selaku Ketua Agama Negeri Pahang, Baginda telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis. Namun begitu, mulai 1 November 1984, Baginda Sultan telah melantik Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang selaku Yang Dipertua Majlis dan kekal menerajui Majlis sehingga hari ini.

pejabat_operasi

Pejabat Operasi Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang

Namun begitu, atas rasa keprihatinan, KDYMM Sultan Pahang berkenan mengurniakan sebidang tanah seluas 4.35 ekar untuk pembinaan sebuah kompleks pentadbiran Majlis. Pada 21 Oktober 2002, KDYMM Sultan Pahang berkenan menyempurnakan upacara pecah tanah menandakan bermulanya pembinaan kompleks ini. Pembinaan kompleks ini sebagai Ibu Pejabat Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang telah menelan kos keseluruhan berjumlah RM13.85 juta, sebanyak RM6 juta disumbangkan oleh Kerajaan Persekutuan manakala kos selebihnya ditanggung oleh Majlis sendiri.

Pada 5 Julai 2006 satu upacara Majlis Serahan Bangunan Kompleks Majlis di Jalan Istana Permai Pekan oleh Pengarah JKR Negeri Pahang YH. Dato’ Rosman bin Yahya kepada YDH. Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Wan Hassan selaku Timbalan Yang Dipertua Majlis telah diadakan di Dewan Teater Majlis. Bermula dari tarikh tersebut, operasi pentadbiran Majlis berpindah dari Pejabat KDYMM Sultan Pahang ke bangunan kompleksnya sendiri.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang telah merasmikan kompleks ini pada tanggal 21 Jun 2007 dan berkenan menamakannya sebagai Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah.

sejarah_majlis

Jata negeri terdiri daripada gabungan cogan, gading bersilang, cogan kata ‘Ya Latiff’ dan skrol tertulis nama Negeri Pahang. Mata cogan yang berbentuk daun kopi adalah simbolik kepada peristiwa kejayaan sewaktu menyusun perancangan untuk mengambil alih pemerintahan Kerajaan Pahang oleh Wan Ahmad (Sultan Ahmad) yang ketika itu dihidangkan air kopi. Gading gajah yang bersilang melambangkan kegagahan dan keperwiraan negeri ini. Gading gajah juga melambangkan istiadat. Memberi erti negeri yang mempunyai adat istiadat sempena gajah yang pada zaman dahulu digunakan sebagai kenderaan dalam istiadat Diraja. Huruf jawi yang mengapit cogan tersebut adalah perkataan ‘Ya Latiff’ yang bermaksud ‘Allah Yang Maha Lembut’ ini merujuk kepada pemerintahan Sultan yang berpaksikan kepada Agama Islam.

         SEJARAH PENUBUHAN

 UNIT KDYTM TENGKU MAHKOTA PAHANG DITUBUHKAN SETELAH KDYTM TENGKU ABDULLAH AL-HAJ IBNI SULTANHAJI       AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH DITABALKAN SEBAGAI TENGKU MAHKOTA PAHANG DAN MERUPAKAN SEBUAH                     UNIT BAWAH PEJABAT KDYMM SULTAN PAHANG

VISI

UNIT KEBAWAH DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA PAHANG SEBAGAI PENGGERAK UTAMA INSTITUSI DIRAJA.

MISI

UNIT KEBAWAH DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA PAHANG SEBAGAI FUNGSI UTAMA DAAM MELAKSANAKAN SEMUA URUSAN KDYTM TENGKU MAHKOTA PAHANG SELAKU PEMANGKU RAJA BAGI NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR.

OBJEKTIF

Bertanggungjawab dalam semua urusan yang berkaitan dengan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang sama ada urusan rasmi atau tidak rasmi bersesuaian dengan kedudukan baginda sebagai Tengku Mahkota Negeri Pahang dan jajahan takluknya yang memerintah mengikut undang – undang tubuh kerajaan Pahang.

FUNGSI

Unit Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang sebagai fungsi utama dalam melaksanakan semua urusan KDYTM Tengku Mahkota Pahang selaku Pemangku Raja Pahang.

 

PEJABAT KDYTM TENGKU MAHKOTA PAHANG
26600 Pekan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-4221601, Faks : 09-4223202

Negeri Pahang Darul Makmur merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung Tanah Melayu bersempadan dengan Negeri Kelantan di sebelah utara, Negeri Perak, Selangor serta Negeri Sembilan di barat, Negeri Johor di selatan dan Negeri Terengganu serta Laut China selatan di bahagian timur.

Negeri Pahang merangkumi kawasan seluas 35,965 kilometer persegi (km2) terbahagi kepada 11 buah daerah pentadbiran iaitu Pekan, Kuantan, Rompin, Maran, Bera, Jerantut, Temerloh, Raub, Bentong, Lipis dan Cameron Highlands. Jumlah keseluruhan penduduk di negeri ini kira-kira 1,572,700 juta orang dengan kepadatan penduduk seramai 43 orang bagi setiap km2.

Untitled