D.Y.M.M.-Sultanah-Hajah-Kalsom-binti-Abdullah

Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom

  • Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom dilahirkan pada 12 September 1951. Baginda telah mendirikan rumahtangga dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah pada 14 Mac 1991 dan telah dikurniakan seorang putera pada 10 Februari 1994, iaitu Yang Amat Mulia Tengku Fahd Mu'adzam Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah yang kini bergelar Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang. Pada peringkat awal Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang telah mendapat pendidikan di Garden International School, Kuantan dan seterusnya telah melanjutkan pendidikannya di United Kingdom mulai September 2005. Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang juga telah mendapat pendidikan agama secukupnya di Pekan.
  • Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom juga amat aktif di dalam aktiviti kemasyarakatan dan badan-badan amal. Baginda adalah Presiden kepada Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Cawangan Pahang (LKPIM), Penaung kepada badan-badan seperti PERKIM, Yayasan Seri Kencana Kalsom, KIWANIS, Soroptimist International Club of Kuantan dan Cancerlink Society of Malaysia. Pada waktu lapang, Baginda gemar membaca dan memasak.

Sumber daripada Portal Kesultanan Pahang

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang

PIAGAM PELANGGAN

“ Kami berjanji akan menjalankan tugas dengan penuh taat setia dan menjunjung titah perintah KDYMM Sultan Pahang dalam menjalankan urusan rasmi ”

AKTIVITI JABATAN

  1. 1) Ketua Agama dan Adat Resam Negeri Pahang Darul Makmur.
  2. 2) Rang Undang-Undang yang diluluskan oleh Dewan Negeri.
  3. 3) Memanggil dan Membubarkan Dewan Negeri.
  4. 4) Melantik Menteri Besar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan.
  5. 5) Sebagai Punca Keadilan – KDYMM Sultan Pahang adalah Pengerusi Jumaah Pengampunan Negeri.
  6. 6) Punca Kedaulatan dan Kehormatan – KDYMM Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran dan Pingat-Pingat Penghargaan.

OBJEKTIF

Bertanggungjawab dalam semua urusan yang berkaitan dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang sama ada urusan rasmi atau tidak rasmi bersesuaian dengan kedudukan baginda sebagai Sultan dan Raja Pemerintah Negeri Pahang dan jajahan takluknya yang memerintah mengikut undang – undang tubuh kerajaan Pahang.

FUNGSI

Pejabat KDYMM Sultan Pahang sebagai fungsi utama dalam melaksanakan semua urusan KDYMM Sultan Pahang selaku Raja Pemerintah Negeri Pahang Darul Makmur dan jajahan takluknya.

 

pejabat KDYMM2 1024x640

 

                                                             ALAMAT : PEJABAT KDYMM SULTAN PAHANG
                                                                              26600 Pekan, Pahang Darul Makmur
                                                                              Tel : 09-4221601, Faks : 09-4223202

sultan pahang new

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH 
IBNI AL-MARHUM SULTAN ABU BAKAR RI'AYATUDDIN AL-MU'ADZAM SHAH

  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah telah diputerakan tepat jam 12.00 tengah hari pada hari Jumaat, 24 Oktober 1930 di Istana Mangga Tunggal (bersebelahan Istana Kuning, Pekan Lama) Bandar Diraja Pekan.Baginda merupakan anakanda ketiga Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mu’tassim Billah dengan Al-Marhumah Tengku Ampuan Besar Pahang Raja Hajjah Fatimah binti Al-Marhum Sultan Iskandar Shah.Baginda diasuh dan dididik dalam pandangan serta perhatian Paduka Ninda baginda iaitu DYMM Sultan Iskandar Shah Perak yang bersemayam di Kuala Kangsar, Perak.
    • Kebawah Duli Yang maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah memulakan persekolahannya di Sekolah Melayu di Kuala Kangsar, Perak. Setelah tamat pelajaran darjah empat baginda telah melanjutkan pelajarannya ke Maktab Melayu Kuala kangsar dan ketika itu baginda baru berusia 10 tahun.Namun begitu, pelajaran baginda telah terganggu semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu pada akhir tahun 1941. Baginda kemudiannya dibawa pulang ke Pahang.Semasa zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu, baginda telah dihantar belajar asas-asas agama di Kuliah Al-lughah Waddin Al-Sultan Abu Bakar, Padang Polo, Pekan. Baginda kemudiannya menyambung semula persekolahannya di Sekolah Clifford, Kuala Lipis. Di sana, baginda tinggal di asrama bersama-sama dengan para pelajar lain dan baginda sendiri tidak mahu dilayan seperti putera raja, sebaliknya baginda banyak bergaul dengan pelajar-pelajar dari kalangan rakyat biasa. Baginda kemudiannya dihantar semula untuk menyambung pelajaran di sekolah lama baginda iaitu Maktab Melayu Kuala Kangsar.
    • Pada 25 Mei 1944, dalam satu upacara adat istiadat diraja yang meriah, baginda telah dikurniakan gelaran Tengku Mahkota Pahang di Istana Seri Terentang, Pekan. Sebagai waris takhta, gelaran tersebut telah dimasyhurkan bagi kali kedua pada 29 Mei 1949.Pada tahun 1948, baginda telah ke England dengan menaiki kapal laut yang bernama Audre Lebon dan pelayaran tersebut telah mengambil masa selama 25 hari. Baginda melanjutkan pelajaran di Sekolah Persendirian Sussex sebelum memasuki Worchester College, Oxford bagi mengikuti Kursus Pentadbiran Awam dalam tahun 1950.
    • Setelah tamat pengajian di Oxford, baginda kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Universiti College Exeter, Devon dari tahun 1951-1953 dan mendapat latihan praktikal dalam bahagian Kerajaan Tempatan di Urban District Council Sidmouth, Devon.

SULTAN PAHANG IV

                                                                                                                            
1932-1974
Duli Yang Maha Mulia Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mu’tasim Billah

DK., SIMP., DMN., DK(Brunei)., DK(Johor)., DK(Kedah)., DK(Perak)., SPDK(Sabah)., GCMG.

  • Duli Yang Maha Mulia Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mu'tasim Billah telah diputerakan pada 29 Mei 1904 bersamaan 14 Rabi'ul Awal Tahun 1322 Hijrah. Baginda merupakan putera kepada Al-Marhum Sultan Abdullah dengan Che Kalsum bt Abdullah.
  • Baginda telah diasuh, dipelihara dan dijaga dengan penuh kasih sayang oleh Hajjah Aishah sehingga dewasa. Baginda telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Pekan. Selepas itu, Baginda menyambung pendidikannya di dalam aliran Inggeris di Maktab Melayu Kuala Kangsar atau dikenali sebagai Malay College Kuala Kangsar(MCKK) di Negeri Perak.
  • Baginda sentiasa menjelajah ke seluruh pelusuk negeri, daerah, kampung- kampung untuk bersama-sama dengan rakyat jelata. Baginda juga turut menyokong proses untuk mendapatkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu pada ketika itu. Ketika pemerintahan Baginda jugalah telah lahir ramai pendekar-pendekar yang handal di negeri Pahang.
  • Semasa remajanya, Baginda mempunyai kegemaran dan minat dalam seni budaya seperti Gamelan, Zapin, Inang, Canggong, Cinta Sayang hinggalah tarian- tarian moden yang lain. Pada tahun 1972, Baginda telah membawa balik Gamelan ke Negeri Pahang yang telah dibeli dari Tengku Mariam, ibu saudara Baginda dari Terengganu. Selain itu, Baginda juga begitu aktif dalam lapangan sukan seperti permainan Polo, Tenis, Lumba Kuda, Lumba Perahu, dan sebagainya.
  • Baginda telah melangsungkan perkahwinan dengan Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Raja Fatimah, puteri kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Idris Shah, di Kuala Kangsar, Perak. Perkahwinan Baginda merupakan perkahwinan di antara dua kerabat Diraja yang mempunyai pertalian persaudaraan iaitu saudara sepupu melalui bonda Tengku Ampuan Fatimah yang bernama Tengku Nong binti Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah.
  • Pada 4 Jun 1930, Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdullah
    Al-Mu'tasim Billah Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah telah berkenan melantik Tengku Abu Bakar Ibni Sultan Abdullah Al-Mu'tasim Billah sebagai Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang.
  • Baginda merupakan putera Raja yang pertama dikurniakan gelaran Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dalam sejarah Kesultanan Pahang.
    Berikutan kemangkatan ayahanda Baginda, Baginda menaiki takhta Kerajaan negeri Pahang pada 24 Jun 1932. Baginda kemudiaannya ditabalkan sebagai Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah pada hari Ahad, 28 Mei 1933 di Istana Pantai, Pekan. Pada waktu itu, usia Baginda baru mencecah 28 tahun dan Baginda merupakan Sultan Pemerintah yang paling muda di dalam sejarah Raja-Raja Tanah Melayu pada ketika itu.
  • Di zaman pemerintahan Baginda, bermulalah mercu tanda pembangunan Negeri Pahang moden, di mana perubahan dari segi politik dan sosial berlaku dengan cukup pesat walaupun dengan kemaraan Tentera Jepun di Tanah Melayu ketika Perang Dunia Kedua.
  • Semasa penjajahan Jepun dalam tahun 1941 hingga tahun 1945, Al-Marhum telah bersetuju dengan secara sulit supaya orang-orang Melayu dalam negeri ini menubuhkan Pasukan Tentera Wataniah yang dikenali dengan nama 'Pasukan 136' yang ketika itu diketuai oleh Yoep Mahidin, Tun Haji Abdul Razak Hussain, Tan Sri Ghazalie Shafie dan Abdul Rahman Ismail. Peranan yang dimainkan oleh Baginda dalam menghadapi jajahan Tentera Jepun di Pahang telah membuktikan kewibawaan Baginda sebagai Raja yang berdaulat.
    Peristiwa di mana Baginda ditahan selama 27 hari di Ladang Getah Ng Tiong Kiat, Sungai Jerik (17 Ogos 1945 - 9 September 1945) menjadi natijah kecekapan, kecekalan, kesabaran dan kewibawaan Baginda dalam mengatasi saat-saat yang sangat kritikal. Kejadian tersebut telah menggemparkan masyarakat Pahang pada ketika itu.
  • Kepesatan pertumbuhan ekonomi seperti perlombongan bijih timah, emas dan perladangan getah berlaku pada zaman pemerintahan Baginda sejurus selepas Kemerdekaan Tanah Melayu. Semasa pemerintahan Baginda juga, ibu negeri Pahang yang pada ketika itu Kuala Lipis, telah dipindahkan ke Kuantan. Sebagai seorang Raja Pemerintah yang sangat prihatin atas segala hal ehwal berkaitan perkembangan agama Islam di Negeri Pahang, Baginda telah mengambil beberapa langkah untuk kemajuan dan kebangkitan agama. Di antaranya, pada Mac 1950 menubuhkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang, menghidupkan kembali jawatan Mufti kerajaan kepada jawatan Kadi Besar serta mewujudkan sebuah Sekolah Arab Tinggi dengan nama Kuliah Al-Lughah Waddin Al-Sultan Abu Bakar Pahang dalam tahun 1941.
  • Baginda merupakan seorang Raja pencetus kemodenan atau pembawa arus perubahan di dalam sejarah Negeri Pahang moden. Banyak adat-adat yang tidak bersesuaian pada masa itu ditinggalkan. Baginda mengikut dan bergerak menurut masa dari segi pemikiran, pemerintahan dan memimpin rakyat. Baginda mangkat pada 5 Mei 1974 di Istana Kecil, Pekan setelah memerintah negeri Pahang selama 42 tahun.

Sumber daripada Portal Kesultanan Pahang
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang