TAHUN BULAN BILANGAN AHLI JUMLAH
2021
DISEMBER 2 2005  
2022 JANUARI 3 2008
FEBRUARI 3 2011
MAC 3 2014
APRIL 3 2017

Untitled design 2022 01 01T093531.921

PERMOHONAN BKM telah dibuka... Pelanggan boleh mengemaskini BKM di PEDi Kg Luit

Pusat Internet adalah satu inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menyediakan kemudahan internet di kawasan yang kurang mendapat liputan, selain menyemai kemahiran berasaskan komputer dan pengetahuan yang menjadi aspek penting kepada setiap orang dalam dunia hari ini. Kini, sebanyak 870 Pusat Internet telah dibangunkan di seluruh negara.  

Penerimaan dan sambutan dalam kalangan masyarakat tempatan terhadap kemudahan serta program-program yang dijalankan di pusat Internet amat memberangsangkan, dengan jumlah keahlian mencecah melebihi 590,000 orang, 57% daripadanya terdiri daripada golongan pelajar. 

Pelbagai inisiatif lain yang menjurus kepada aspek keusahawanan juga telah  dilaksanakan oleh pihak MCMC, termasuk mempromosi produk-produk tempatan ke pasaran yang lebih luas. Melalui kemudahan Internet, usahawan-usahawan tempatan dapat menjalankan perniagaan mereka secara dalam talian, sekaligus meningkatkan pendapatan mereka dan pada masa yang sama, permintaan yang semakin meningkat untuk produk-produk mereka. Secara puratanya, usahawan-usahawan telah menikmati peningkatan lebih daripada 60% dalam sumber pendapatan mereka, dan hingga kini, seramai 16,393 usahawan dalam talian telah mengambil bahagian dalam program-program pembangunan usahawan dalam talian yang dijalankan di pusat-pusat Internet di seluruh negara.  

Pusat Internet juga bertindak sebagai sebuah pusat latihan ICT untuk melatih golongan muda dan warga emas bagi memperkasakan mereka dengan kemahiran-kemahiran komputer asas, serta mendedahkan mereka kepada maklumat-maklumat penting. Lain-lain perkhidmatan seperti khidmat nasihat penggunaan aplikasi e-kerajaan turut disediakan bagi memudahkan masyarakat luar bandar mendapat akses kepada perkhidmatan kerajaan secara dalam talian. 

Sebuah hab pembelajaran digital “JomStudi”, yang merupakan inisiatif bersama oleh Digi, Astro dan Media Prima telah dilancarkan di Pusat Internet Kampung Kering, Labu pada 8 Mac 2019 lalu. JomStudi merupakan sebuah hab pembelajaran digital yang menggabungkan kandungan pendidikan dalam satu platform, membolehkan para pelajar sekolah mengakses dan meneroka kandungan digital. Manakala, “eKelas” sebuah program yang diperkenalkan oleh Maxis pada 2017, mendedahkan pelajar-pelajar kepada pembelajaran digital dan ketika ini, ia sudah mempunyai seramai 9,000 pelajar-pelajar berdaftar di seluruh negara. Program berkenaan memberi tumpuan kepada tiga subjek kritikal iaitu Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris untuk Tingkatan 1, 2 dan 3.   

Dalam usaha untuk memupuk kemahiran-kemahiran seperti coding dan robotik bagi memenuhi keperluan Revolusi Industri 4.0, MCMC merancang untuk mempergiatkan program-program seperti “myMaker”, yang merupakan satu inisiatif untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan menggunapakai Internet of Things (IOT).    

TAMAT   

TAHUN BULAN BILANGAN AHLI JUMLAH
2020
JANUARI 3 1959  
FEBRUARI 3 1962
MAC 3 1965
APRIL - 1965
MEI - 1965
JUN - 1965
JULAI 2 1967
OGOS 3

1970

SEPTEMBER 1 1971
OKTOBER 2 1973
NOVEMBER 3 1976
DISEMBER 3 1979
2021 JANUARI 3 1982
FEBRUARI 3 1985
MAC 3 1988
APRIL 3 1991
MEI 4 1995
JUN - -
JULAI - -
OGOS 1 1996
SEPTEMBER 2 1998
OKTOBER 2 2000