image


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Alhaj


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Alhaj, DK., SSAP., SIMP., DK.(Johor)., SPMJ. telah diputerikan pada Hari Jumaat, 5 Ogos 1960 Masihi, bersamaan dengan 11 Safar 1380 Hijrah, di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru, Johor. Baginda merupakan Puteri yang ketiga kepada Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Johor.


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkahwin dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah pada bulan 6 Mac 1986. Baginda telah dikurniakan dengan  4 orang putera dan dua orang puteri:-

  1. Yang Amat Mulia Tengku Amir Nasser Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, SIMP.
  2. Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, 
    Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, DK., SSAP.
  3. Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
  4. Yang Amat Mulia Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
  5. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
  6. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah


 

sumber :

Portal Diraja Pahang

Bendera Negeri Pahang Darul Makmur
 
 

 

Bendera negeri mengandungi dua warna iaitu putih di atas dan hitam di bahagian bawah. Warna putih melambangkan kedaulatan dan pemerintahan negeri meliputi perkara-perkara berkenaan adat resam, adat istiadat, undang-undang, tatasusila dan kuasa-kuasa seorang Sultan yang memerintah negeri ini. Manakala, warna hitam adalah warna kebesaran Bendahara pada masa lampau yang pernah memerintah negeri ini.

image

LAGU “ALLAH SELAMATKAN SULTAN KAMI”

Ya Allah Yang Maha Kuasa

Lanjutkan Usia

Duli Yang Maha Mulia

Dirgahayu Darul Makmur

Aman Dan Bahagia Sentiasa

Ya Allah Selamatkan

Duli Tuanku Raja Kami.

Negeri Pahang Darul Makmur merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung Tanah Melayu bersempadan dengan Negeri Kelantan di sebelah utara, Negeri Perak, Selangor serta Negeri Sembilan di barat, Negeri Johor di selatan dan Negeri Terengganu serta Laut China selatan di bahagian timur.

Negeri Pahang merangkumi kawasan seluas 35,965 kilometer persegi (km2) terbahagi kepada 11 buah daerah pentadbiran iaitu Pekan, Kuantan, Rompin, Maran, Bera, Jerantut, Temerloh, Raub, Bentong, Lipis dan Cameron Highlands.  Jumlah keseluruhan penduduk di negeri ini kira-kira 1,572,700 juta orang dengan kepadatan penduduk seramai 43 orang bagi setiap km2

image