Golongan wanita menghampiri fasa menopaus wajar buat saringan, elak risiko serangan jantung
Organisasi NGO Wanita Malaysia Anda Perlu Kenali
Dengan semangat meraikan dan memperingati kejayaan wanita tanggal 8 Mac ini, wanita serata dunia kini bisa melihat sedikit perubahan ikutan suara golongan wanita yang dilontarkan agar mereka didengari oleh dunia. Lebih-lebih lagi di Malaysia.
Segelintir masyarakat masih lagi menganggap wanita harus sentiasa berada di belakang lelaki dan tidak mempunyai suara sendiri. Kini dengan kelahiran generasi yang lebih memahami hak mereka sebagai seorang wanita dan manusia, change is vital. Berpayungkan National Council of Women’s Organisations Malaysia bermula tahun 1962, beberapa organisasi yang bertujuan melindung dan memperjuangkan hak wanita Malaysia telah ditubuhkan.
'KASIH Wanita' Dipilih Sebagai Tema Hari Wanita Antarabangsa 2023
Diterbitkan pada . Kategori Berita Terkini.
Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal (2015-2020) telah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 3 Jun 2015.
Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal menetapkan 3 objektif seperti berikut:
- Meningkatkan kesedaran dan kominten pihak berkepentingan bagi memperkasa ekonomi ibu tunggal
- Meningkatkan kesejahteraan sosial ibu tunggal dan
- Meningkatkan penyelidikan dan penyelarasan pembangunan bagi golongan ibu tunggal
Kemaskini pada . Jumlah paparan: 5622
LATAR BELAKANG JABATAN PEMBANGUNAN WANITA
Pada tahun 1975, Kerajaan telah menubuhkan Majlis Penasihat Kebangsaan Mengenai Integrasi Wanita Dalam Pembangunan (National Advisory Council on the Integration of Women in Development – NACIWID) sebagai jentera bagi memastikan penglibatan wanita dalam pembangunan. Urus setia Majlis tersebut adalah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri . Ahli-ahli Majlis berkenaan dilantik oleh YAB Perdana Menteri bagi tempoh tiga tahun.
Pada tahun 1983, Urusetia Hal Ehwal Wanita, Jabatan Perdana Menteri atau HAWA diwujudkan bagi mengambil alih tugas sebagai Urusetia NACIWID.
Pada 26 Ogos 1985, Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju supaya HAWA diperkukuhkan dengan menaikkan tarafnya kepada Bahagian.
Pada 27 Oktober 1990, Bahagian Hal Ehwal Wanita telah dipindahkan dari Jabatan Perdana Menteri ke Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.
Pada 29 Januari 1997, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Bahagian Hal Ehwal Wanita dinaikkan taraf kepada sebuah Jabatan.
Pada 1 Julai 1997, HAWA beroperasi sebagai sebuah Jabatan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.
Pada 18 Disember 1999, selepas Pilihanraya Umum 1999 dan rombakan Kabinet, Jabatan Hal Ehwal Wanita telah diletakkan semula di Jabatan Perdana Menteri.
Pada 1 Julai 2001, Jabatan Hal Ehwal Wanita distruktur semula dan dinamakan sebagai Jabatan Pembangunan Wanita (JPW). JPW berfungsi sebagai jentera pelaksana Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan menjalankan program dan aktiviti pembangunan wanita selaras dengan visi dan misi KPWKM.
JPW terdiri daripada enam (6) bahagian:-
- Bahagian Khidmat Pengurusan
- Bahagian Pelaksanaan Dasar Wanita
- Bahagian Penilaian, Pemantauan dan Pengurusan Pengetahuan
- Bahagian Usahasama Strategik
- Bahagian Pembangunan Psikologi
- Bahagian Pengupayaan Wanita
Pada 1 Mac 2002, telah ditubuhkan Pejabat Cawangan JPW di (12) tempat :-
- Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perlis
- Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Kedah
- Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pahang
- Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pulau Pinang
- Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perak
- Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Selangor
- Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Negeri Sembilan
- Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka
- Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor
- Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Terengganu
- Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Kelantan
- Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
VISI
Peneraju dalam pembangunan masyarakat ke arah kemakmuran bersama.
MISI
Meningkatkan penglibatan dan kapasiti wanita dalam pelbagai sektor di semua peringkat bagi menyumbang dan menjadi agen pembangunan negara.
Kemaskini pada . Jumlah paparan: 5900