JPKK Kg Luit telah mengadakan khursus Asas komputer untuk Ahli Jawatankuasa Kampung. Tenaga pengajar dari JPKK sendiri. Khursus ini amar diperlukan di zaman digital ini. Diharapkan peserta yang menghadiri khursus dapat memanfaatkan ilmu yang di ajar serta memperaktikkannya untuk kegunaan masa akan datang.

pc

Bersama-sama penduduk setempat menjayakan program literasi ICT dan dashboard pada 13 oktober yang lepas. Turut serta JKKK kg Luit dan Pejabat Risda Maran dalam program gubahan coklat oleh usahawan Risda. Untuk makluman usahawan Risda adalah usahawan dari PEDi Kg Luit juga Bagi memeriahkan lagi suasana, pihakPEDi Kg Luit sediakan cabutan bertuah untuk pengunjung yang datang.

WhatsApp Image 2022 10 13 at 13.53.04 1

Klik Gambar Di sini

Ketua kampung, JPKK diingatkan sentiasa turun padang - Hajiji

Eleanor Michelle Patrick
 
Hajiji turut mengingatkan ketua kampung dan JPKK agar terus menyampaikan semua bantuan yang diberikan kerajaan kepada rakyat, terutama ketika krisis kesihatan ini. - Gambar fail
 
TUARAN: Ketua kampung serta pengerusi jawatankuasa pembangunan dan keselamatan kampung (JPKK) digesa untuk sentiasa turun padang bagi mengetahui masalah penduduk di kawasan mereka.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata ia termasuk bagi menerangkan agenda pembangunan oleh kerajaan negeri.
Jelasnya, sebagai pemimpin di peringkat akar umbi, mereka perlu menjalankan amanah dan tugas yang diberikan dengan penuh tanggungjawab, khususnya ketika penularan pandemik COVID-19 ini.
Penularan pandemik COVID-19 memberi kesan besar ke atas ekonomi negeri dan rakyat, malah banyak sektor yang terjejas termasuk pelancongan.
Sebab itu apabila kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menerajui kerajaan negeri, saya melancarkan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) sebagai agenda atau pelan pembangunan negeri ini.
 
“Hala Tuju SMJ ini adalah untuk memulihkan semula ekonomi dan kesejahteraan rakyat di negeri ini. Kerajaan juga turut memberikan pelbagai bantuan termasuk pemberian tunai one-off untuk membantu ekonomi rakyat.
“Justeru, ketua kampung dan JPKK memainkan peranan penting untuk menjelaskan agenda ini kepada rakyat di kawasan masing-masing. Apa bantuan yang diberikan dan siapa yang layak untuk mendapatkannya,” katanya di majlis penyampaian Sumbangan Bakul Makanan B40 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman, di sini hari ini.
Penyerahan sumbangan itu membabitkan tiga mukim di DUN Sulaman iaitu Mukim Serusup, Indai dan Tambalang. Tambah beliau, Halatuju SMJ akan dilancarkan pada hujung bulan ini.
Setakat 11 Mac 2021, sebanyak 284,666 bakul makanan atau kira-kira 85.59 peratus sudah diagihkan kepada golongan sasar di Sabah.
Mengulas lanjut, Hajiji yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman turut mengingatkan ketua kampung dan JPKK agar terus menyampaikan semua bantuan yang diberikan kerajaan kepada rakyat, terutama ketika krisis kesihatan ini.
“Jangan pula apabila dilantik sebagai pemimpin, hanya mahu fikir projek sahaja, tidak mahu turun padang, tidak mahu bekerjasama termasuk meminggirkan mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan.
“Sebaliknya kita perlu peka dengan setiap masalah penduduk di kawasan masing-masing dan menyampaikan maklumat berkaitan bantuan kerajaan kepada rakyat,” katanya sambil menambah pelbagai bantuan yang diberikan itu membuktikan GRS adalah kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab.
BILANGAN JPKK DAN JPKKP MENGIKUT NEGERI

BIL.

NEGERI

BILANGAN JPKK/JPKKP

1.

Johor

670

2.

Melaka

316

3.

Perak

829

4.

Terengganu

1,046

5.

Kelantan

636

6.

Pahang

542

7.

Perlis

387

8.

Sarawak

5,976

9.

Wilayah Persekutuan Labuan

27

10.

Kedah

1,025

11.

Negeri Sembilan

393

12.

Selangor

371

13.

Pulau Pinang

363

14.

Sabah

2,853

JUMLAH KESELURUHAN

15,434

*Data sehingga Ogos 2020

 

1. JKKK sebagai badan perancang penentuan strategi dan pelaksanaan program program atau projek projek pembangunan di dalam kampung .
2. JKKK menentukan senarai keutamaan projek projek pembangunan di dalam kampung.
3. JKKK sebagai badan penyelaras pelaksanaan program program dan projek projek pembangunan di dalam kampung.
4. JKKK sebagai badan yang menilai kemajuan pelaksanaan program program dan projek projek pembangunan di dalam kampung.
5. JKKK adalah sebagai mata dan telinga Kerajaan di peringkat kampung yang melapurkan segala musuh negara saperti anasir anasir komunis, subersif,anti-national, kemasukan pendatang haram, penyeludupan, kegiatan salah penggunaan dadah, kegiatan penyelewengan pengajaran agama Islam kepada pihak berkuasa atau Pegawai Daerah.
6. JKKK adalah sebagai badan perantaraan / perhubungan duahal di antara wakil wakil rakyat dan pegawai Kerajaan dengan penduduk penduduk kampung.
7. JKKK menjadi badan penggerak dan berkeupayaan mengembeling tenaga, sumber pembangunan dan perubahan sikap masyarakat di peringkat kampung untuk tujuan mempertingkatkan lagi daya pengeluaran.
8. JKKK hendak lah menyimpan segala rekod rancangan pembangunan fizikal dan masyarakat di dalam kampung dengan mengadakan Bilik Gerakan Kampung yang di lengkapi dengan data, peta, carta dan lain lain mengenai kampung.

[ No. 1 - 8 adalah petikan dari Buku Panduan Pembangunan Daerah ]

Kalendar

September 2023
S M T W T F S
1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30