1. JKKK sebagai badan perancang penentuan strategi dan pelaksanaan program program atau projek projek pembangunan di dalam kampung .
2. JKKK menentukan senarai keutamaan projek projek pembangunan di dalam kampung.
3. JKKK sebagai badan penyelaras pelaksanaan program program dan projek projek pembangunan di dalam kampung.
4. JKKK sebagai badan yang menilai kemajuan pelaksanaan program program dan projek projek pembangunan di dalam kampung.
5. JKKK adalah sebagai mata dan telinga Kerajaan di peringkat kampung yang melapurkan segala musuh negara saperti anasir anasir komunis, subersif,anti-national, kemasukan pendatang haram, penyeludupan, kegiatan salah penggunaan dadah, kegiatan penyelewengan pengajaran agama Islam kepada pihak berkuasa atau Pegawai Daerah.
6. JKKK adalah sebagai badan perantaraan / perhubungan duahal di antara wakil wakil rakyat dan pegawai Kerajaan dengan penduduk penduduk kampung.
7. JKKK menjadi badan penggerak dan berkeupayaan mengembeling tenaga, sumber pembangunan dan perubahan sikap masyarakat di peringkat kampung untuk tujuan mempertingkatkan lagi daya pengeluaran.
8. JKKK hendak lah menyimpan segala rekod rancangan pembangunan fizikal dan masyarakat di dalam kampung dengan mengadakan Bilik Gerakan Kampung yang di lengkapi dengan data, peta, carta dan lain lain mengenai kampung.

[ No. 1 - 8 adalah petikan dari Buku Panduan Pembangunan Daerah ]

 

BUKIT SEGUMPAL

NAMA PENGHULU : SAHARIL APINDI BIN AHMAD
NO TELEFON : 019-9940447
CHENOR BANDAR

NAMA PENGHULU : KHAIDHIR AZLY BIN DAHARUDIN
NO TELEFON : 09-2995851
  CHENOR SEBERANG

NAMA PENGHULU : KHAIRUL AZMAN BIN BAKAR
NO TELEFON : 09-2996176
KERTAU

NAMA PENGHULU : KHAIRUL AZMAN BIN BAKAR
NO TELEFON : 09-2795440
  CHENOR JENGKA BANDAR

NAMA PENGHULU : ROSWAKHUZAINI  BIN AB WAHAB
NO TELEFON : 09-4664145

 

CHENOR JENGKA KUALA SENTUL

NAMA PENGHULU : HAJI WAN RUSHDAN BIN WAN MUHAMMED
NO TELEFON : 09-47669914
LUIT I

NAMA PENGHULU : AZHAR BIN BAKAR
NO TELEFON : 09-4689027

 

  LUIT II

NAMA PENGHULU : MOHD SARIR BIN OMAR
NO TELEFON : 09-4771604
 

 Tarikh Kemaskini: 02/11/2020 13:42:49

                                                                                                                     PUNCA KUASA PENUBUHAN

1. Asas Penubuhan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

         Fasal (1) Perkara 24 Bahagian 1 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang.

         Raja Pemerintah Ketua Ugama Negeri

                  24. (1) Ketua Ugama Negeri hendaklah Raja Pemerintah dan Raja Pemerintah,dari satu masa ke satu masa,bolehlah mengeluarkan perintah supaya diadakan lagi apa-apa undang-undang sebagaimana yang patut pada timbangan baginda bagi maksud mengatur hal ehwal agama dan bagi menubuhkan sebuah Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu yang akan digelar dalam bahasa Inggeris “Council of Religion and Malay Custom” bagi menolong dan menasihatkan Raja Pemerintah dalam semua perkara mengenai Ugama Negeri dan Adat Resam Melayu.

2. Penubuhan dan Pemerbadanan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

          Seksyen 4(1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991.

                   4. (1) Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan bernama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang kekal turun-menurun dan boleh mendakwa dan didakwa atas namanya dan, tertakluk kepada dan bagi maksud Enakmen ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperolehi, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindah hak, menyerah hak, menyerah balik, memulangkan, menggadai, menggadai janji, mendemis, menyerah hak semula, memindah milik atau dengan cara lain melupuskan atau  membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Majlis mengikut apa-apa syarat yang Majlis fikirkan patut.

 

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
                                                                                                                                   GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Kuantan: Kerajaan Pahang memberi bantuan tunai RM1,000 seorang secara 'one-off' kepada pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung Baharu (JKKB) serta timbalan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Rancangan (JKKR).

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemberian di bawah Bantuan Prihatin Pahang (BPP) itu adalah tambahan RM750 kepada pengumuman asal sebanyak RM250 seorang yang dibentangkan pada Belanjawan Pahang 2021 pada 16 November tahun lepas.

"Pembayaran akan dibuat mulai minggu hadapan, membabitkan 675 penerima terdiri daripada 543 pengerusi JKKK, pengerusi JKKB (62 orang) dan timbalan pengerusi JKKR (70 orang) membabitkan peruntukan keseluruhan RM675,000," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Wan Rosdy berharap pemberian itu akan membantu penerima untuk terus meningkatkan khidmat bakti mereka dengan lebih berkesan demi kemajuan dan kemakmuran kampung atau rancangan tanah yang diwakili.

Pahang, bantuan, Wan Rosdy Wan Ismail, JKKK, JKKB, JKKR, belanjawan

 

Sumber : BERNAMA

PUTRAJAYA: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kini dikenali sebagai Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd Harun, berkata Kabinet bersetuju untuk penjenamaan semula itu selaras dengan tugasnya.

 

Pada masa sama, katanya, Kabinet juga bersetuju kadar elaun bulanan bagi anggota MPKK ditetapkan sebanyak RM500 bagi pengerusi, RM300 (setiausaha), RM100 bagi pengurusan mesyuarat dan RM50 bagi kehadiran mesyuarat.

"Kuasa dan urusan bagi pelantikan, pertukaran dan penamatan anggota MPKK kekal di bawah kuasa kerajaan negeri dan pentadbiran di bawahnya.

"Bagaimanapun, dalam melaksanakan kuasanya, kerajaan negeri hendaklah memastikan ia selaras dengan tatacara pengurusan MPKK yang ditetapkan kementerian dan dasar kerajaan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, MPKK juga akan dianggotai sekurang-kurangnya 30 peratus golongan wanita yang mampu untuk bersama-sama menyumbang tenaga, idea, perspektif dan kemahiran dalam pembangunan kampung.

Selain itu, katanya, MPKK akan mempunyai 11 biro baharu termasuk Biro Pembangunan Prasarana, Keselamatan dan Kesihatan, Pengurusan Kewangan, Ekonomi dan Keusahawanan dan Kebajikan dan Kesukarelawan.

"MPKK yang cemerlang juga akan diiktiraf dengan pemberian geran bernilai RM10,000 bagi tujuan kesejahteraan dan keceriaan kampung dengan geran siling tidak melebihi RM100 juta setahun.

"Kaedah dan syarat permohonan akan dimuktamadkan kementerian dalam masa terdekat. Geran ini akan memberi manfaat kepada 10,000 daripada 16,481 kampung di seluruh negara," katanya.

Ditanya bagaimana kaedah bantuan kepada kampung yang ditadbir pembangkang, Rina berkata kementeriannya sedang menjalankan kajian berhubung mekanisme pemberian bantuan dan kajian dijangka siap dalam tempoh sebulan.

Beliau juga berkata, beberapa sekretariat ditubuhkan bagi menggerakkan inisiatif dilaksanakan kementerian merangkumi pembangunan kanak-kanak, pembangunan industri kecil dan produktiviti luar bandar, harga getah dan kajian semula insentif keusahawanan luar bandar.

"Sekretariat Pembangunan Kanak-Kanak akan menangani isu seperti keselamatan kanak-kanak, pemerdagangan manusia membabitkan kanak-kanak luar bandar dan juga kemudahan dan rawatan bagi kanak-kanak kelainan upaya.

"Sekretariat Mekanisme Penetapan Harga Getah ditubuhkan bagi menangani isu kejatuhan harga getah yang memberi kesan kepada industri dan pekebun kecil. Satu kajian komprehensif akan dilakukan bagi menangani isu ini," katanya.