PENGENALAN

Kementerian Pendidkan telah melaksanakan beberapa program bantuan penting antaranya termasuklah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Pada tahun 1975, program ini dilancarkan untuk semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Pada tahun 1983, program ini telah diperluas ke semua Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri dan Sekolah Menengah Agama Rakyat yang berdaftar dengan Majlis / Jabatan / Yayasan Agama Islam Negeri.

MATLAMAT

Memastikan pelajar daripada kalangan ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu menerima buku teks SPBT pada minggu pertama sesi persekolahan bermula.

OBJEKTIF

  1. Meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu.
  2. Memastikan murid daripada keluarga yang kurang mampu tidak tercicir dalam persekolahan mereka.

FUNGSI

  1. Melaksanakan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) bagi semua Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Sekolah Menengah Agama Rakyat.
  2. Mengawal penggunaan buku teks.

BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM)

JENIS BANTUAN:

  • Bantuan Khusus

PENGENALAN :

  • Pada awal pelaksanaan KWAPM tahun 2003, Kerajaan telah bersetuju untuk memberi bantuan kepada murid darjah satu (1) hingga darjah enam (6) di sekolah rendah (SR) dan Tingkatan Satu (1) di sekolah menengah (SM) yang layak meliputi bantuan yuran persekolahan/peperiksaan, pakaian seragam sekolah, peralatan sekolah, bantuan persekolahan serta bantuan latihan dan bimbingan. Terdapat tiga (3) jenis bantuan yang diberikan kepada murid iaitu :
    • Bantuan Am Persekolahan (BAP) (dahulu dikenali sebagai Bantuan Persekolahan) diberikan kepada murid melalui kaedah dikredit terus ke akaun murid atau pemberian dalam bentuk wang tunai atau bukan tunai (pakaian seragam sekolah, peralatan sekolah dan keperluan-keperluan lain persekolahan murid) ;
    • Bantuan Bulanan (BB) (dahulu dikenali sebagai Bantuan Am) diberikan kepada murid melalui kaedah dikreditkan terus ke akaun murid secara bulanan atau sekaligus (lump sum) ; dan
    • Bantuan Kecemasan (BK) dibayar kepada murid yang layak pada kadar bayaran BAP yang berkuat kuasa pada tahun semasa.
  • Tabung KWAPM telah ditubuhkan di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 berdasarkan Surat Ikatan Amanah yang telah diluluskan oleh Perbendaharaan pada 10 April 2003. Ia bertujuan memberi bantuan kepada pelajar miskin supaya tidak tercicir dalam meneruskan persekolahan selaras dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuatkuasa pada Januari 2003. Selaras dengan perubahan dasar pengurusan tabung KWAPM, Surat Ikatan Amanah telah dipinda dan diluluskan oleh Perbendaharaan Malaysia pada 25 Mac 2014.
  • Berdasarkan kepada perkembangan dan keperluan masa kini, beberapa penambahbaikan ke atas Surat Pekeliling Kewangan (SPK) Bilangan 2 Tahun 2017 – Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) telah disemak semula bagi memastikan sistem penyampaian bantuan kepada kumpulan sasar adalah lebih cekap dan berkesan. Di antara perubahan-perubahan yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut :-
    • Ibubapa/penjaga yang tidak mempunyai bukti pendapatan hendaklah mengemukakan Surat Akuan Pengesahan Pendapatan yang telah disahkan oleh Pegawai ; dan
    • Perubahan perekodan peruntukan bantuan KWAPM yang diterima oleh sekolah.
    • Kadar.

      • Kadar baru Bantuan KWAPM yang diputuskan bermula tahun 2017 adalah seperti berikut :-
DATA BANTUAN AM PERSEKOLAHAN (BAP)
eKASIH, DMOA dan  Data Sedia Ada (DSA)
Sekolah Rendah RM100.00 setahun
Sekolah Menengah RM150.00 setahun

PEMILIHAN / KRITERIA KELAYAKAN :

  • Warganegara Malaysia berdasarkan catatan dalam sijil kelahiran. Sekiranya tiada bukti taraf kewarganegaraan Malaysia, penentuan taraf kewarganegaraan perlu dirujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk pengesahan. Bagi murid Orang Asli, dokumen permohonan pengesahan taraf kewarganegaraan daripada JAKOA boleh diguna pakai.
  • Murid Tahun 1 hingga 6 dan Tingkatan 1 di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK).
  • KIR berdaftar dengan Sistem eKASIH atau DMOA yang disahkan berada pada status Miskin atau Miskin Tegar sahaja.
  • Murid miskin berstatus Orang Asli mengikut Akta 134, Akta Orang Asli 1954 (Pindaan 1974) dan kemiskinan KIRnya disahkan sebagai Miskin atau Miskin Tegar oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).
  • Pendapatan Isi Rumah untuk murid DSA adalah berdasarkan Paras Garis Kemiskinan  (PGK) Nasional semasa.
  • Murid yang telah menerima bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP)/Biasiswa Sukan (BS)/Program Pelajar Projek Khas Sekolah Berasrama Penuh (PKSBP)/Biasiswa Kerajaan Negeri/yayasan/swasta atau apa-apa bantuan persediaan ke sekolah berbentuk kewangan tidak layak dipertimbangkan untuk menerima bantuan KWAPM.
  • Bagi murid berkeperluan khas/orang kelainan upaya (OKU) juga tidak layak dipertimbangkan untuk menerima bantuan KWAPM kerana telah dibayar Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) oleh KPM sebanyak RM150.00 sebulan.
  • Murid yang bertukar ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) (menerima (PKSBP) Projek Khas SBP)  atau sekolah yang tidak berada di bawah pentadbiran KPM tidak layak menerima bantuan KWAPM.
  • Murid hanya layak menerima bantuan KWAPM di bawah satu (1) jenis data sahaja, walaupun nama murid tersenarai di dalam ketiga-tiga jenis data (e-KASIH, DMOA dan DSA).

KAEDAH PENYALURAN :

  • Semua peruntukan disalurkan terus ke Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) bagi sekolah yang mempunyai akaun bank atau ke Akaun Khas di PPD yang berkenaan bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank.
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan cuti khas tambahan persekolahan pada 19 April sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, minggu depan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, cuti itu bertujuan memberikan ruang kepada murid-murid dan para guru untuk membuat persiapan bagi negeri di kumpulan A dan B.

“KPM umumkan bahawa pada 19 April isytihar cuti khas untuk semua warga KPM. Jadi 19 April tidak akan ada sesi persekolahan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ikrar Bebas Rasuah dan Forum Integriti di sini hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) memohon KPM memberikan cuti khas kepada guru pada 19 April ini, menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini.

Sesi cuti persekolahan untuk Aidilfitri tahun ini sebelum ini ditetapkan pada 20 April hingga 1 Mei depan.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, selaras dengan itu, KPM turut memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2022 akan dikeluarkan pada 18 April.

Jelas beliau, seramai 4,634 orang calon telah menduduki peperiksaan STAM Tahun 2022 di 134 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.

“Calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan STAM Tahun 2022 daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi pada tarikh tersebut.

“Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon bolen menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan,” ujarnya. – UTUSAN

Tarikh : 18 Mei 2023 (Khamis)
Masa : 11.00 -11.10 pagi
Tempat : Organisasi masing-masing

Sehubungan dengan itu, pihak tuan dan seluruh warga sekolah adalah diundang untuk menyertai program tersebut. Pihak sekolah juga dimohon untuk membuat pendaftaran peserta sekolah melalui pautan yang disediakan. Templat sijil dan bahan promosi juga boleh diperolehi melalui pautan seperti berikut.