Nama : Muhammad Ikhmal Bin Radzuan

Umur : 11 Tahun

Ahli : 2015

Latar belakang

Ikhmal merupakan anak bongsu daripada 7 adik beradik. Ayah dan ibu hanya lah bekerja kampung. Ikhmal bersekolah sampai darjah 3.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Ikhmal pandai membaca tetapi tidak pandai menggunakan komputer kerana beliau tidak didedahkan dengan teknologi sedari kecil. Beliau memang tidak mahir langsung menaip apatah lagi menggunakan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau seringkali ke PEDi bersama rakan-rakannya. Apabila di ajak oleh petugas untuk menghadiri kelas ICT dia memang tidak menolak. Sekarang beliau pandai menaip menggunakan komputer serta mencari maklumat dan menggunakan media sosial.

Nama : Fareesha Melia Bt Mohd Yusof

Umur : 21 Tahun

Ahli : 2019

Latar belakang

  Cik Fareesha merupakan usahawan tudung & makanan

ยท Memulakan perniagaan semenjak 2 tahun lepas iaitu pada tahun 2018

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 Tidak pandai menggunakan komputer

 Pendapatan kurang memuaskan

 Mengambil tempahan melalui rakan dan mulut ke mulut

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Bersama rakan mempelajari cara pemasaran produk di PEDi Kg Luit

Petugas telah mengajar cara memasarkan produk melalui facebook dan dashboard komuniti (myshop)

Kini beliau sudah mengaplikasikan pembelajaran yang dipelajari di dalam perniagaannya.

Beliau menggunakan aplikasi my shop dan facebook  dan Instagram untuk memasarkan produk

Pendapatan semakin hari semakin meningkat

USAHAWAN : DROPSHIP PAKAIAN WANITA DAN KURTA LELAKI

Latar Belakang Calon :

Nama : Nurul Shafiqah Binti Rosli

Tarikh Lahir : 16  April 1994

Umur : 25 Tahun

Pekerjaan : Guru 

Pendidikan : Ijazah


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

  • -Tidak tahu menggunakan komputer
  • -Perniagaan terhad kepada pelanggan terdekat sahaja
  • -Pendapatan yang kurang memuaskan kerana kurangnya promosi

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

  • -Dapat meluaskan lagi promosi melalui laman media sosial seperti facebook.
  • -Petugas telah membantu beliau dalam teknik penggunaan komputer secara terperinci serta cara mengiklankan produk di laman media sosial
  • -Tidak perlu mengeluarkan modal yang besar bagi membuat promosi
  • -Produk yang diusahakan turut mendapat sambutan daripada orang ramai hasil daripada promosi yang telah dijalankan melalui facebook
  • -Pendapatan yang diperolehi juga semakin meningkat

Apa yang dipelajari melalui PEDi

  • -Pemasaran melalui myshop
  • -Pemasaran melalui facebook

Bagaimana PEDi membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • PEDi dapat membantu perkembangan perniagaan dengan cara mengiklankan produk mereka secara atas talian dan produk tersebut dapat dikenali ramai

Gambar Di Sini

Nama : Mohd Asraf Bin Abdul Hadi

Umur : 10 Tahun

Ahli : 2016

Latar belakang

Mohd Asraf Bin Abdul Hadi merupakan anak sulung daripada 4 adik beradik. Beliau berusia 10 tahun.

Seorang pelajar tahun 4 di SK ULU LUIT. Bercita cita untuk menjadi seorang pendidik suatu hari nanti. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau tidak mahir menggunakan aplikasi komputer dan menggunakan komputer sekadar untuk bermain permainan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas ICT yang di jalankan di PEDi Kg Luit beliau menyedari sebenarnya penggunaan komputer ini sangat luas. Sebagai contoh boleh belajar melalui aplikasi online, dan banyak maklumat yang boleh di cari dengan penggunaan internet ini.

WhatsApp Image 2020 09 04 at 15.41.13 1

USAHAWAN : KUIH MUIH FROZEN & NASI LEMAK DAUN PISANG

Latar Belakang Calon :

Nama : Horizah Binti Man

Tarikh Lahir : 20 September 1961

Umur : 58 Tahun

Pekerjaan : Peniaga Kuih muih frozen dan nasi lemak

Pendidikan : Sekolah Kebangsaan Ulu Luit

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

  • - Pemasaran produk terhad kepada penduduk yang tinggal berdekatan sahaja kerana promosi dijalankan secara kecil-kecilan.
  • - Terpaksa menanggung kos yang tinggi dalam membuat promosi misalnya menempah banner/flyers daripada mana-mana kedai untuk tujuan pengiklanan.
  • - Tahap kemahiran yang rendah dalam penggunaan komputer

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

  • - Dengan penggunaan ICT beliau dapat menjalankan promosi secara meluas misalnya melalui akaun facebook, Instagram dan sebagainya.
  • - Beliau dapat menjimatkan kos pengiklanan kerana maklumat dapat dikemaskini pada bila-bila masa jika terdapat maklumat baru yang ingin disampaikan kepada pelanggan.
  • - Penggunaan ICT juga dapat membantu beliau menyebarkan maklumat perniagaan dengan lebih pantas kepada orang ramai termasuk yang berada di bandar-bandar besar.
  • - Tahap kemahiran terhadap penggunaan komputer lebih tinggi berbanding sebelum ini.
  • - Pendapatan yang diperolehi juga semakin meningkat kerana mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan dari serata negeri.
  • Apa yang dipelajari melalui PEDi

    - Pemasaran melalui myshop

    - Pemasaran melalui facebook

    Bagaimana PEDi membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

    - PEDi dapat membantu usahawan dalam mengembangkan perniagaan mereka kerana para usahawan akan diberi tunjuk ajar untuk memperkenalkan produk yang dihasilkan secara atas talian sekaligus dapat mengembangkan lagi perniagaan mereka

  • Gambar Disini