Nama : Fatin Nur Hasanah
Umur : 10 Tahun
Ahli : 2016

Latar belakang
Adik Fatin Nur Hasanah berumur 10 tahun. Merupakan anak ketiga daripada lima adik beradik. Adik ini bersekolah di SK Ulu Luit. Ayahnya seorang pekerja kerajaan manakala ibunya seorang surirumah sepenuh masa. Hobi beliau adalah menonton you tube dan bercita-cita menjadi seorang guru apabila dewasa nanti.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Adik Hasanah sering berkunjung ke PEDi bersama kawan-kawan nya untuk menonton YouTube. Beliau tahu asas menaip kerana di rumah beliau mempunyai sebuah komputer. Tetapi tidak pandai untuk menggunakan aplikasi seperti excell dan powerpoint.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sering mengikuti kelas ICT yang diadakan pada hujung minggu dan cuti sekolah membolehkan beliau belajar perisian komputer. Malah beliau juga boleh menggunakan aplikasi words,excel dan powerpoint. Beliau juga menggunakan kemudahan wifi Komuniti untuk menyiapkan kerja sekolah dan sebagainya. Kini beliau mampu memberi tunjuk ajar kepada kawan-kawan serta adik adik yang di bawah umur .

Apa yang dipelajari melalui PEDi
- Mempelajari perisian komputer
- Mempelajari dan mengenali perkakasan komputer
- Belajar menaip
- Menerokai fungsi setiap perkakasan komputer dan aplikasi di dalam komputer.

Bagaimana PEDi membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT.
Dengan adanya kelas ICT yang diadakan semasa hujung minggu dan musim cuti sekolah, dapat mempertingkatkan kemahiran penggunaan komputer serta aplikasi di dalam talian.