yangLatar belakang

Puan Salina merupakan usahawan makanan yang mula menjalankan perniagaan kedai makan dan catering. Beliau sudah terlibat dalam perniagaan lebih pada 10 tahun dan sudah banyak melalui jatuh bangun dalam bidang bidang perniagaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

  • Dulu hanya memasarkan produk melalui tempahan rakan rakan
  • Pemasaran produk terhad kepada penduduk yang tinggal berdekatan sahaja kerana promosi dijalankan secara kecil-kecilan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

  • Semenjak PEDi Kg Luit ditubuhkan banyak kemudahan yang telah diperoleh antaranya ialah belajar secara percuma. Antara kelas yang dihadiri ialah dashboard, pemasaran melalui facebook dan Instagram.
  • Dengan penggunaan ICT beliau dapat menjalankan promosi secara meluas misalnya melalui akaun facebook, Instagram dan sebagainya.
  • Beliau dapat menjimatkan kos pengiklanan kerana maklumat dapat dikemaskini pada bila-bila masa jika terdapat maklumat baru yang ingin disampaikan kepada pelanggan.
  • Penggunaan ICT juga dapat membantu beliau menyebarkan maklumat perniagaan dengan lebih pantas kepada orang ramai termasuk yang berada di bandar-bandar besar.
  • Tahap kemahiran terhadap penggunaan komputer lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Pendapatan yang diperolehi juga semakin meningkat kerana mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan dari serata negeri.

Apa yang dipelajari melalui PEDi

  • Pemasaran melalui myshop
  • Pemasaran melalui facebook

Bagaimana PEDi  membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • PEDi dapat membantu usahawan dalam mengembangkan perniagaan mereka kerana para usahawan akan diberi tunjuk ajar untuk memperkenalkan produk yang dihasilkan secara atas talian sekaligus dapat mengembangkan lagi perniagaan mereka