NAMA : MUHAMMAD HAIQAL HAFIZ BIN FATHURAZHAR

UMUR : 12 TAHUN

AHLI : 2016

HAIQAL

Latar belakang

Adik Haiqal berumur 12 tahun dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Ulu Luit . Merupakan anak ketiga daripada 6 orang adik beradik. Adik Haiqal bercita -cita untuk menjadi seorang ahli bomba apabila besar nanti. Beliau merupakan ahli PEDi Kg Luit semenjak tahun 2015 lagi. Dengan adanya PEDi beliau selalu berkunjung untuk mengikuti kelas ICT yang diadakan pada hujung minggu bersama kawan-kawannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pada mulanya adik Haiqal hanya melihat sahaja jika rakan-rakan sedang menggunakan komputer dengan tujuan bermain permainan online ataupun membuat kerja kursus sekolah dan mencari maklumat dengan melayari internet. Beliau tidak yakin untuk menggunakan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Adik Haiqal ini sikit demi sedikit sudah tidak takut untuk menekan keyboard mahupun tetikus. Dia juga sudah pandai untuk mencuba melayari internet dan menggunakan aplikasi-aplikasi di dalam komputer. Banyak perubahan yang dapat dilihat dari segi kemahiran mengendalikan komputer,menaip dan lain-lain.