LATAR BELAKANG CALON

Nama : Nor Awliya Zahraa Binti Kamaruddin

Tarikh Lahir : 27 Jun 2009

Umur : 10 Tahun

Pekerjaan : Pelajar Sekolah Rendah

Pendidikan : Masih Belajar

1. Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Sebelum melibatkan diri dalam kelas ICT yang diadakan di PEDi Kg Luit beliau tidak mengetahui cara-cara pengunaan Microsoft office serta kepentingannya. Sebelum ini Adik Awliya Zahra juga tidak mahir dalam penggunaan komputer dan juga MS Office, beliau tidak tahu menggunakan internet untuk mencari maklumat yang di perlukan. Beliau juga tidak beberapa mahir tentang cara-cara penggunaan komputer dalam memudahkan kerja seharian dan sebagainya.

2. Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Mengikuti kelas di PEDi adalah dari dorongan dan ajakan kawan-kawan yang sering berkunjung ke PEDi. Mengikuti kelas setiap minggu membantu meningkatkan kemahiran menaip beliau. Selain mengikuti kelas Microsoft Office beliau juga mengikuti kelas ICT yang di jalankan di PEDi. Banyak kelebihan yang beliau dapat sepanjang mengikuti kelas ICT seperti mencari maklumat yang diperlukan menggunakan 'Google'.

3. Apakah Yang Telah Dipelajari Melalui PEDi

 * Mempelajari cara menggunakan Microsoft Word.

 * Mempelajari cara membuat jadual menggunakan Microsoft Excell.

 * Mempelajari asas menaip dengan cara yang betul.

4. Bagaimana PEDi membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT.

 * Banyak informasi berguna yang boleh di perolehi selain menaip.

 * Advokasi juga penting untuk memberitahu kesedaraan berkenaan ICT.

 *  PEDi juga memberikan tunjuk ajar yang betul cara untuk menggunakan internet dengan betul

 

 

NAMA : MUHAMMAD RAZIQ BIN SHAIFUL ASRI

UMUR : 13 TAHUN

AHLI : 2015

 

 RAZIQ1

 

 

Latar belakang

Muhammad Raziq Bin Shaiful Asri merupakan anak kedua daripada 3 orang adik beradik. Pelajar ini menuntut di dalam darjah 6 dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kg Ulu Luit. Seorang yang bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang anggota bomba. Pada masa lapang beliau suka bermain bola sepak. Oleh kerana minatnya kepada bola sepak, beliau sering mengambil bahagian di dalam pertandingan bola sepak di sekolah. Seorang yang pemalu tetapi ramah apabila rapat dengannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau agak lemah untuk menaip dan hanya menggunakan komputer untuk bermain game. Beliau juga tidak mengetahui komponen-komponen serta aplikasi yang terdapat di dalam komputer.Penggunaan komputer di sekolah juga terhad membataskan beliau untuk belajar secara mendalam mengenai komputer serta jarak cyber café yang agak jauh.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sering mengikuti kelas ICT yang di adakan oleh petugas PEDi menjadikan beliau menguasai bidang komputer. Kini, beliau mahir menggunakan aplikasi komputer seperti e-pembelajaran yang sering menjadi rujukan untuk membuat latihan.

NAMA : FATMAWATI BINTI MOHD YUSOF

UMUR : 34 TAHUN

AHLI : 12 JANUARI 2012

 

                             FATMA

 

LATAR BELAKANG : 

Merupakan usahawan IKS yang menjalankan perniagaan menjual produk produk kecantikan. Antara nya produk kecantikan kulit dan muka. Contoh produk kecantikan adalah dari avon. Beliau menjalankan perniagaan selama lebih kurang  2 tahun.

 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PEDi: 

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 100 sahaja sehari.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PEDi : 

  • Selepas berkunjung ke PEDi, beliau mula mempelajari internet dan asas pemasaran secara berkesan
  • Pendapatan semakin bertambah setiap bulan selepas pemasaran melalui internet.
  • Pendapatan RM 250 ke atas setiap hari.

NAMA : MOHD ANIQ MUIZ BIN KAMARUDIN

UMUR : 11 TAHUN

AHLI : OGOS 2015

 

                      muiz1.jpg

 

Latar belakang

Mohd Aniq Muiz Bin Kamarudin merupakan seorang pelajar darjah 5 di Sekolah Kebangsaan Ulu Luit. Merupakan anak ke 9 daripada 10 adik beradik. Seorang yang rajin belajar dan mudah belajar.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum mengikuti kelas ICT yang dijalankan di PEDi beliau tidak mengatahui cara menggunakan komputer dan juga segala perkara berkaitan perkakasan komputer. Ini kerana kelas komputer di sekolah juga amatlah terhad.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Mula mendaftar sebagai ahli di PEDi pada tahun 2015. Selepas menjadi ahli beliau selalu hadir ke PEDi untuk mengikuti kelas ICT yang dijalankan pada hujung minggu. Beliau mengambil kesempatan untuk belajar serta mengetahui dengan lebih mendalam mengenai komputer.

Selepas beberapa kali mengikuti kelas yang dijalankan beliau mahir menggunakan peralatan komputer serta perisian seperti Microsoft words. Beliau tidak lagi kekok menggunakan komputer.

Latar belakang

 

Merupakan seorang ibu tunggal yang bercita cita tinggi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

  1. Sebelum berkunjung ke PEDi Kg Luit, beliau langsung tidak mengetahui asas menggunakan computer.
  2. Beliau amat takut untuk menggunakan computer dan berasa tidak yakin dengan diri sendiri.
  3. Mendapat tahu pembelajaran secara percuma di PEDi daripada rakan taulan
  4. Mula mendaftar diri sebagai ahli PEDi Kg Luit dan mengikuti kelas yang dianjurkan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

  1. Antara kelas yang pernah dihadiri ialah Asas computer, asas Internet, Facebook  dan KLIK Dengan Bijak, My Shop dan Fotoshoot Produk
  2. Kini, setiap hari beliau akan berkunjung ke PEDi dan mengaplikasikan apa yang dipelajari sebelum ini.
  3. Dahulu buta ICT , Kini Celik ICT
  4. Sentiasa menggunakan ICT Dalam kehidupan harian