Sambutan Hari Wanita di Malaysia

Sambutan Hari Wanita Sedunia atau juga dikenali sebagai Hari Wanita Antarabangsa disambut setiap tahun bagi meraikan peranan wanita dalam pelbagai bidang.

Walaupun tidak diisytiharkan sebagai cuti umum di Malaysia, namun terdapat pelbagai acara atau aktiviti yang dilakukan dalam meraikannya.

Wanita samaada ibu, isteri, guru, kakak, atau sebagainya perlu dihargai dengan penuh kasih sayang sebagai lambang penghormatan dan peranan mereka yang sangat penting dalam kehidupan seharian.

Wanita adalah penyumbang kepada kemajuan negara, pembangunan institusi kekeluargaan dan pengukuhan masyarakat penyayang.

Tarikh Hari Wanita Sedunia

Hari Wanita di sambut pada 8 MAC setiap tahun bagi meraikan peranan wanita yang menjadi perintis kepada kemajuan generasi.

Tema Hari Wanita di Malaysia

Di Malaysia, tema bagi sambutan Hari Wanita 2021 adalah;

WANITA BANGKIT MENDEPANI CABARAN

Tema Hari Wanita ini dipilih oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga bagi mengangkat semangat juang wanita yang tidak mengenal penat lelah dalam mengharungi cabaran kehidupan. 

Sifat kelembutan yang ada pada wanita bukanlah satu halangan untuk terus mara ke hadapan malah di sebalik kelembutan itu tersimpan kekuatan yang utuh dan bersemangat waja.

Meski dunia dilanda pandemik Covid-19, kepayahan demi kepayahan mengajar kita tetap bangkit mendepani cabaran. Hayatilah tema Hari Wanita yang sinonim dengan keadaan semasa.

Zahirkan tanda sokongan anda sebagai penghargaan kepada para wanita.

Hashtag atau tanda pagar yang digunakan pada tahun ini ialah; 

#WanitaBangkitMendepaniCabaran

#WanitaWajaNegara

#HariWanita2021

BILAKAH tarikh permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal bakal dibuka? Perhatian buat ibu tunggal yang berkelayakan membuat permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) RM300. Untuk makluman anda, permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal boleh dibuat secara online sehingga 31 Oktober 2020 menerusi Portal Rasmi JPW. Berikut dikongsikan Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 Online buat rujukan anda.

Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) RM300 Online (Semakan Status)
 
 
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 termasuk syarat kelayakan permohonan, dokumen penting dan semakan status:

Cara Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 Online

1. Menerusi Portal Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), pendaftaran Bantuan Khas Ibu Tunggal mengikut negeri boleh dibuat secara online menerusi Portal JPW di https://www.jpw.gov.my/ibu-tunggal-penjana/.
 

Ramai yang mengatakan kaum wanita mempunyai personaliti yang sangat merumitkan dan sukar untuk diramal. Yeke? Nak dijadikan cerita, ada satu kajian saintifik yang telah dilakukan untuk merungkai hal sebenar tentang diri seseorang wanita.Walaupun ada wanita yang mengatakan lelaki dan wanita sama sahaja, tiada bezanya, itu adalah salah kerana kajian ini telah membuktikan sifat seorang wanita itu berbeza dengan lelaki.

Jom kita lihat antaranya adalah:

  1.    1)  Jantung wanita berdegup lebih pantas berbanding lelaki.
  2.    2)  Wanita membakar lemak lebih perlahan daripada lelaki, iaitu kira-kira 50 kcal sehari.
  3.    3)  Wanita mempunyai sistem imunisasi yang lebih kuat berbanding kaum adam.
  4.    4)  Diameter rambut wanita 2 kali ganda lebih kecil berbanding lelaki.
  5.    5)  Wanita mempunyai deria rasa manis yang lebih berbanding lelaki.
  6.    6)  Wanita lebih baik dalam membezakan antara warna berbanding lelaki kerana sensitiviti kromatik bersambung terus kepada kromosom X.
  7.    7)  Wanita berkelip 2 kali ganda berbanding lelaki.
  8.    8)  Kulit wanita 10 kali ganda lebih sensitif daripada kulit lelaki.
  9.    9)  Tubuh wanita adalah lebih fleksibel jika hendak dibandingkan dengan lelaki.
  10.  10)  Wanita boleh mengesan frekuensi bunyi jauh lebih baik daripada lelaki.
  11.  11)  Sebanyak 30% wanita hamil mengidam makanan yang tidak boleh dimakan sewaktu mengandung.
  12.  12)  Wanita menangis dalam purata 30 – 64 kali setahun, dan lelaki pula hanya menangis sebanyak 6 – 17 kali.
  13.  13)  Sejak lahir lagi, wanita dikurniakan deria bau yang baik berbanding lelaki.
  14.  14)  Wanita mempunyai saraf reseptor yang lebih kuat daripada lelaki, jadi jika terluka mereka akan lebih rasa sakit.

Haa so macam mana? Kepada kaum wanita, anda setuju tak dengan keputusan daripada kajian ini?

TARIKH : Setiap Hari Rabu

MASA : 05.45 PM - 06.45 PM

TEMPAT : Dewan JKKK Kg Luit

Persatuan Wanita Kg Luit dengan kerjasama Maran Aerobic Club telah bekerjasama untuk mengadakan aktiviti senaman zumba yang diadakan pada setiap hari Rabu jam 5.45 petang hingga 06.45 petang. Aktiviti ini adalah permintaan penduduk Kg Luit sendiri untuk aktiviti riadah pada setiap petang untuk menjaga kesihatan. Kelas zumba selama sejam ini mengenakan bayaran RM5 setiap sesi kepada peserta yang ingin mengikuti kelas.

zumba10       zumba20       zumba30