BILAKAH tarikh permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal bakal dibuka? Perhatian buat ibu tunggal yang berkelayakan membuat permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) RM300. Untuk makluman anda, permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal boleh dibuat secara online sehingga 31 Oktober 2020 menerusi Portal Rasmi JPW. Berikut dikongsikan Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 Online buat rujukan anda.
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 termasuk syarat kelayakan permohonan, dokumen penting dan semakan status:
Cara Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 Online
1. Menerusi Portal Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), pendaftaran Bantuan Khas Ibu Tunggal mengikut negeri boleh dibuat secara online menerusi Portal JPW di
https://www.jpw.gov.my/ibu-tunggal-penjana/.