Sambutan Hari Wanita di Malaysia

Sambutan Hari Wanita Sedunia atau juga dikenali sebagai Hari Wanita Antarabangsa disambut setiap tahun bagi meraikan peranan wanita dalam pelbagai bidang.

Walaupun tidak diisytiharkan sebagai cuti umum di Malaysia, namun terdapat pelbagai acara atau aktiviti yang dilakukan dalam meraikannya.

Wanita samaada ibu, isteri, guru, kakak, atau sebagainya perlu dihargai dengan penuh kasih sayang sebagai lambang penghormatan dan peranan mereka yang sangat penting dalam kehidupan seharian.

Wanita adalah penyumbang kepada kemajuan negara, pembangunan institusi kekeluargaan dan pengukuhan masyarakat penyayang.

Tarikh Hari Wanita Sedunia

Hari Wanita di sambut pada 8 MAC setiap tahun bagi meraikan peranan wanita yang menjadi perintis kepada kemajuan generasi.

Tema Hari Wanita di Malaysia

Di Malaysia, tema bagi sambutan Hari Wanita 2021 adalah;

WANITA BANGKIT MENDEPANI CABARAN

Tema Hari Wanita ini dipilih oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga bagi mengangkat semangat juang wanita yang tidak mengenal penat lelah dalam mengharungi cabaran kehidupan. 

Sifat kelembutan yang ada pada wanita bukanlah satu halangan untuk terus mara ke hadapan malah di sebalik kelembutan itu tersimpan kekuatan yang utuh dan bersemangat waja.

Meski dunia dilanda pandemik Covid-19, kepayahan demi kepayahan mengajar kita tetap bangkit mendepani cabaran. Hayatilah tema Hari Wanita yang sinonim dengan keadaan semasa.

Zahirkan tanda sokongan anda sebagai penghargaan kepada para wanita.

Hashtag atau tanda pagar yang digunakan pada tahun ini ialah; 

#WanitaBangkitMendepaniCabaran

#WanitaWajaNegara

#HariWanita2021