Wanita hari ini


Golongan wanita di Kampung Luit turut mengadakan pelbagai aktiviti bagi memenuhi aktiviti masa lapang mereka. Antara aktiviti-aktiviti yang selalu disertai oleh golongan ini ialah menyertai kelas-kelas/kursus dan pertandingan. Di samping itu, wanita di kampung ini juga turut aktif dalam bidang sukan. Ini dapat dilihat berdasarkan penyertaan yang cukup menggalakkan daripada wanita ini terutamanya apabila acara sukan dipertandingkan. Begitu juga dari aspek keagamaan. Dalam bidang kebajikan pula, pihak JKKK turut memastikan nasib wanita di kampung ini terbela. Antaranya dengan menawarkan pelbagai khidmat pinjaman bagi golongan ini untuk memulakan perniagaan. Berikut antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh kaum wanita di kampung ini.

selain dari itu, golongan wanita di sini juga aktif dengan gerakan persatuan. pelbagai acara diadakan seperti pertandingan liga congkak,pertandingan memasak setiap hujung bulan. dengan terdapatnya aktiviti seperti ini, membuatkan golongan wanita disini tidak ketinggalan.

kini, ramai daripada mereka juga turut menjalankan perniagaan atas talian bagi menambah pendapatan keluarga dengan adanya PI1M Kg luit, memudahkan lagi perniagaan mereka.