mc

Salina Bt Wahab atau pun lebih mesra di sapa Kak Yam merupakan seorang usahawan wanita yang berjaya. Beliau juga merupakan AJK KOSPEN dan AJK Persatuan Wanita Kg Luit. Beliau seorang wanita yang aktif dalam perniagaan. Beliau yang berasal dari Kg. Luit ini membuka perniagaan perkhidmatan penyediaan makanan atau pun katering. Beliau memulakan perniagaan ini sejak tahun 2006 di sekitar Kg Luit dan kampung berdekatan. Perkhidmatan ini merangkumi semua jenis majlis seperti majlis perkahwinan, mesyuarat dan sebagainya. Beliau menyediakan lauk pauk berdasarkan permintaan daripada pelanggan beliau dan mengikut pakej-pakej yang telah beliau sediakan.

Pada awalnya pelanggan yang menggunakan perkhidmatan beliau hanyalah  sekitar kampung yang berdekatan sahaja dan merupakan kenalan, saudara mara dan penduduk kampung sahaja.Kini setelah 2 tahun menjalankan perniagaan ini, pelanggan beliau semakin berkembang maju. Malahan dengan bantuan promosi dan hebahan melalui media sosial seperti Facebook dan Instagram semakin ramai pelanggan daripada serata kawasan mengetahui perniagaan beliau.