MBM dukacita keputusan kerajaan tangguh pembentangan RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023

Masalah merokok terutamanya penggunaan vape dalam kalangan belia sudah semakin berleluasa dan tiada sebab untuk kerajaan menangguhkan kawal selia terhadap produk ini. Situasi ini jelas dilihat dalam Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2022 di mana peratus penggunaan vape dalam kalangan remaja telah melonjak daripada 9.8% pada tahun 2017 kepada 14.9% pada tahun 2022.

MBM percaya penangguhan kelulusan RUU tersebut termasuklah peruntukan Generasi Penamat Rokok akan memanjangkan lagi isu kawal selia terhadap produk merokok ini dan industri terus bebas menjalankan aktiviti promosi dan penjualan bagi menarik lebih ramai anak muda untuk terjebak dengan tabiat merokok.

Justeru, pihak kerajaan sewajarnya menyokong usaha ke arah merealisasikan RUU ini bagi memastikan masyarakat Malaysia bebas daripada sebarang amalan merokok. 

Masalah merokok terutamanya penggunaan vape amat membimbangkan kerana produk yang berada dalam pasaran bukan sahaja mengandungi kadar nikotin yang sangat tinggi tetapi juga berpotensi untuk dicampur dengan dadah merbahaya seperti magic mushroom dan sebagainya.

Umum mengetahui, penagihan dadah bermula dengan merokok dan apabila belia telah terjebak dengan masalah penagihan tersebut, negara akan menanggung kerugian.

Oleh itu, kerajaan mestilah bertindak segera dan tidak seharusnya melengah-lengahkan proses pembentangan dan kelulusan RUU ini. MBM turut menggesa Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim campur tangan dalam isu ini supaya gagasan masyarakat MADANI dapat dicapai.

MBM bersama 41 buah badan gabungannya turut menyatakan komitmen untuk membantu dan menjadi rakan strategik kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menjalankan aktiviti intervensi dan pencegahan merokok terutamanya melibatkan belia melalui program Generational End Game Anti-Merokok (GEGAR-18).

MBM berharap usaha dalam memastikan Malaysia mencapai negara bebas daripada sebarang bentuk amalan merokok akan membawa kepada persekitaran yang positif dan harmoni seterusnya mewujudkan satu ekosistem yang kondusif dalam membantu perkembangan belia di Malaysia.

HASNUL HANIFF HARUN

Setiausaha Agung

Majlis Belia Malaysia

Bertarikh : 11 Oktober 2023

Majlis Belia Malaysia (MBM) menggesa masyarakat dunia mengekspresikan secara jelas solidariti, dokongan dan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin terhadap konflik yang kian memuncak di antara Palestin dan Israel di Semenanjung Gaza.

Dunia perlu mengakui, dasar kezaliman rejim Israel terhadap rakyat Palestin selama lebih 70 tahun menjadi punca konflik ini termasuk ‘Operasi Taufan Al-Aqsa”.

Penjajahan berterusan, peluasan penempatan haram dan penafian hak kemanusiaan Palestin serta provokasi bersistematik di Al-Aqsa menyebabkan jutaan nyawa rakyat Palestin terkorban.

Justeru, MBM mewakili suara belia Malaysia membuat ketetapan bahawa; 

1) Menggesa campur tangan segera dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi melindungi nyawa orang awam yang tidak berdosa serta memainkan peranan proaktif menghentikan serangan ini;

2) Masyarakat dunia perlu memperakui dan mempertahankan hak rakyat Palestin dan kedaulatan tanah air mereka. Rakyat Palestin berhak hidup aman berdasarkan persempadanan yang diiktiraf pra-1967;

3) Hak kemanusiaan perlu dipertahankan khususnya golongan wanita, kanak-kanak dan warga emas;

4) Menggesa pemimpin-pemimpin utama dunia untuk terus memberikan tekanan kepada rejim Zionis melalui perundingan saluran diplomasi PBB serta menyatakan sokongan penuh kepada rakyat Palestin.

Kerajaan Malaysia melalui Wisma Putra juga telah menyatakan solidari bersama Palestin. Sehubungan itu, MBM menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan kaum untuk sama-sama bersatu nyatakan sokongan kepada rakyat Palestin atas dasar kemanusiaan sejagat.

Marilah kita memberikan semangat solidariti kepada rakyat Palestin yang diuji dengan kesusahan dan penderitaan dahsyat ini.

HASNUL HANIFF HARUN

Setiausaha Agung

Majlis Belia Malaysia

Bertarikh : 9 Oktober 2023

i. PROGRAM myPRENEUR

     Card image capCard image cap
     Card image capCard image cap

Program khas kerjasama antara KBS dan PUNB bertujuan untuk menyediakan laluan pembangunan keusahawanan, meneroka peluang untuk mengembangkan perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi serta jalinan rangkaian dengan usahawan Bumiputera dan agensi terpilih. Antara pengisian kerjasama program ini adalah JUMPER Start Up.

Program JUMPER 'Start Up' ialah program latihan keusahawanan bagi siswazah muda Bumiputera (Perantis) yang memilih untuk menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

Para perantis akan di dedahkan kepada pembelajaran sebenar tentang pengurusan perniagaan melalui latihan sangkut di syarikat naungan PUNB (mentor).

Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran perantis sebagai persediaan awal bagi menjadi seorang usahawan. Proses Permohonan Program JUMPER 'Start Up' PUNB adalah seperti turutan di bawah:

  1. - Peserta mendaftar dan menghadiri temuduga panel
  2. - Pemberitahuan sekiranya disenarai pendek
  3. - Proses penempatan & kelulusan
  4. - Peserta menyertai kursus induksi & motivasi keusahawanan
  5. - Peserta lapor diri & latihan bermula

Syarat permohonan:

  1. - Usahawan Bumiputera berumur 18-35 tahun
  2. - Pemegang Ijazah, Diploma, Sijil Kemahiran (tahap 2 keatas) dari institusi yang diiktiraf MQA
  3. - Mempunyai sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman kerja (termasuk latihan industri semasa tempoh pengajian) dalam apa jua industri.
  4. - Keutamaan diberikan kepada mereka yang berpengalaman dalam bidang perniagaan
  5. - Sanggup menjalani latihan sepenuh masa

 

 

 

 

 

Selangor | 7 Disember – Sempena dengan sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa 2022, Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menganjurkan aktiviti bersama warga emas di Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas Pulau Meranti , Puchong.

Program tersebut juga dihadiri oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM.

Seramai 20 orang sukarelawan daripada pelajar Asrama Bahagia dan beberapa orang fasilitator telah bersama menyantuni warga emas di rumah jagaan dan rawatan orang tua tersebut .

MBM mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas yang telah menerima kunjung dan memberi ruang beraktiviti bersama mereka.