Rakam video yang membawa mesej Kempen Generasi Penamat Anti Rokok dan rebut hadiah wang tunai bernilai RM3,000. Jom sertai Pertandingan Tik Tok #GegarBelia Generational End Game Anti Rokok anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia ini sebelum 26 Jun 2022.

Pertandingan sebagai salah satu aktiviti sempena dengan Sambutan Hari Belia Negara tahun 2022.

Daftar penyertaan anda di pautan https://bit.ly/TikTokGegarBelia

Pentadbir JBS Pahang

MARAN, 21 Jun – Buku rekod perkhidmatan awam atau dipanggil buku servis adalah merupakan sebuah dokumen yang mencatatkan maklumat serta rekod sepanjang perkhidmatan dalam sektor perkhidmatan awam. Setiap penjawat awam bertanggungjawab untuk memastikan rekod adalah terkini dan maklumat yang tercatat adalah tepat dalam buku servis masing masing. Dua orang warga Pejabat Belia Dan Sukan Daerah (PBSD) Maran telah hadir ke Jabatan Belia Dan Sukan (JBS) Negeri Pahang untuk menyemak buku servis mereka pada 9 Jun yang lalu. Puan Wan Norlida Wan Hamid, Pembantu Tadbir (Perkhidmatan) JBS Pahang, turut membantu menunjukkan rekod yang perlu disemak. Tahniah JBS Pahang diatas pengemaskinian buku servis yang terbaik dan sentiasa ‘up to date’ !

#towardshsn2022pahang

Disediakan oleh:- Saniah Zainal, PBSD Maran

Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang

 
Bersempena Sambutan Hari Sukan Negara 2021 secara hibrid, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri, telah meluangkan masa meninjau aktiviti-aktiviti sukan yang dijalankan di sekitar Menara Kementerian Belia dan Sukan. YAB Perdana Menteri telah diiringi oleh YB Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Azumu, Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Dato' Sri Ti Lian Ker, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Khairul Adib Bin Abd Rahman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk M Noor Azman Bin Taib, Ketua Setiausaha, Kementerian Belia dan Sukan dan Dato' Dr. Hajah Wasitah Binti Hj. Mohd Yusof, Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara.
 
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara tertutup adalah simulasi golf, bola jaring 3-on-3, sukan rakyat dan juga sesi aerobik bersama Persatuan Orang Kerdil Malaysia.
Turut diadakan ialah pameran daripada agensi seperti Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN), serta demonstrasi pit stop kereta lumba Le Mans oleh pasukan Viper Niza dan pameran motosikal berkuasa tinggi oleh SIC Racing Team.
 
Selamat menyambut Hari Sukan Negara 2021, Keluarga Malaysia!

Peluang Kerjaya Pada Belia

Kuala Lumpur | 9 Februari – Majlis Belia Malaysia (MBM) menerima kunjungan daripada Pusat Pembangunan Pengajian Serantau (PPPS) dalam usaha menjalinkan satu kerjasama membantu belia mendapatkan peluang kerjaya dan pendidikan. Pertemuan diadakan di Wisma Majlis Belia Malaysia.

Secara umumnya, PPPS adalah sebuah syarikat yang terlibat dalam aktiviti kegiatan pekhidmatan melalui pelbagai cabang dan peluang dalam bidang pendidikan bagi membantu negara kearah mewujudkan masyarakat yang bermentaliti optimis dalam bidang perniagaan, keusahawanan dan kemahiran.Menurut Pengarah Urusan PPPS, Puan Azliza, tujuan kerjasama antara PPPS dan MBM adalah untuk membantu belia terutamanya golongan belia minoriti dalam mendapatkan akses yang mudah kepada pendidikan kemahiran yang akan membantu meningkatkan peluang kerjaya yang lebih luas kepada mereka.

“PPPS akan membantu belia mendapatkan segala kemudahan pendidikan bukan sahaja dari sudut penginapan, malah termasuklah dari segi mendapatkan pembiayaan daripada institusi zakat, kerajaan negeri dan lain-lain supaya mereka dapat belajar. Kami akan bertindak sebagai pemudahcara kepada belia.” ujar beliau.

MBM yang diwakili Setiausaha Agung, Hasnul Haniff Harun menyambut baik ruang kerjasama yang ditawarkan oleh pihak PPPS. Menurut beliau, peluang ini sedikit sebanyak akan membantu mengurangkan masalah pekerjaan dalam kalangan belia akibat pandemik covid-19. Dalam masa yang sama, beliau berharap fokus dapat diberikan kepada golongan belia minoriti seperti belia orang asli dan belia OKU.

Hadir sama dalam kunjungan ini adalah Sdr. Ash Mahat, Pengarah Urusan MyOKU Niaga Sdn. Bhd.

 

INISIATIF PRIHATIN BELIA DAN SUKAN

Inisiatif Prihatin Belia dan Sukan (IPBS) merangkumkan semua inisiatif dan insentif yang dirangka oleh Kementerian Belia dan Sukan serta inisiatif yang diumumkan oleh Kerajaan melalui PEMERKASA dan PEMULIH bagi membantu dan membela belia dan industri sukan yang terjejas dalam menghadapi pandemik COVID-19.

IPBS dikawal selia oleh Sekretariat Prihatin Kementerian Belia dan Sukan (SPIKE) yang merupakan unit dan sekretariat khas yang akan mengendalikan dan memantau pelaksanaan inisiatif-inisiatif berkaitan.

“Sekretariat Prihatin Kementerian Belia dan Sukan (SPIKE)” merupakan unit dan sekretariat khas di peringkat KBS yang akan mengendalikan semua inisiatif yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri melalui PEMERKASA, PEMULIH dan semua inisiatif dalaman di peringkat KBS. SPIKE akan memastikan penyelarasan, keseragaman, informasi, response time, dokumentasi serta syarat dan peraturan berkaitan keseluruhan inisiatif untuk membantu industri sukan menghadapi pandemik COVID-19.

Antara Inisiatif Prihatin Belia dan Sukan :-

1 ) GERAN PRIHATIN INDUSTRI SUKAN

2 ) MORATORIUM BAGI PEMAIN SUKAN

3 ) INSENTIF SEWAAN FASILITI SUKAN 

4 ) KUOTA MYVAC KHUSUS UNTUK PEKERJA INDUSTRI SUKAN

5 ) SKIM PEMBIAYAAN INDUSTRI SUKAN

6 ) PROGRAM VAKSINASI SUKAN ATAU SPORTIVAC

 7 ) PENAWARAN KURSUS KURSUS BERKAITAN SUKAN SECARA PERCUMA
 
8 ) PENGECUALIAN FI PEMBAHARUAN LESEN PERNIAGAAN KEPADA PENGUSAHA DAN OPERATOR SUKAN DI KUALA LUMPUR

Kalendar

March 2024
S M T W T F S
1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31