Bersempena Sambutan Hari Sukan Negara 2021 secara hibrid, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri, telah meluangkan masa meninjau aktiviti-aktiviti sukan yang dijalankan di sekitar Menara Kementerian Belia dan Sukan. YAB Perdana Menteri telah diiringi oleh YB Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Azumu, Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Dato' Sri Ti Lian Ker, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Khairul Adib Bin Abd Rahman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk M Noor Azman Bin Taib, Ketua Setiausaha, Kementerian Belia dan Sukan dan Dato' Dr. Hajah Wasitah Binti Hj. Mohd Yusof, Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara.
 
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara tertutup adalah simulasi golf, bola jaring 3-on-3, sukan rakyat dan juga sesi aerobik bersama Persatuan Orang Kerdil Malaysia.
Turut diadakan ialah pameran daripada agensi seperti Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN), serta demonstrasi pit stop kereta lumba Le Mans oleh pasukan Viper Niza dan pameran motosikal berkuasa tinggi oleh SIC Racing Team.
 
Selamat menyambut Hari Sukan Negara 2021, Keluarga Malaysia!