Tarikh : 30 Jun 2018

Masa : 5.30 PM - 10.00 PM

Lokasi : Padang Futsal Kg Luit

Anjuran : Belia Kg Luit

 

 

 

belia     belia2

Tarikh : 6 Mei 2018

Masa : 10-00 Pagi - 01.00 Petang

Lokasi : Empower Acer Maran

Anjuran : Empower ACER Maran dan Belia Kg Luit

 

BELIA 10    BELIA20

Pada tahun 2016, belia kg luit telah mengadakan liga futsal.Liga ini telah berakhir pada 31 disember 2016.Seramai 18 pasukan yang bertanding dalam liga ini. Mereka juga telah bekerjasama dgn pihak JKKK bagi membuat sambutan tahun baru 2017.

 

1MPAK adalah kempen kebangsaan bagi penduduk Malaysia yang memberi tumpuan kepada golongan berpendapatan rendah. Kempen ini akan diadakan di daerah yang terpilih di seluruh negara mulai Januari 2018. Terdapat empat elemen 1MPAK yang diterapkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) iaitu ‘Building Leaders and Entrepreneurial Society (BLESS)’, Perantis Malaysia, inisiatif MARA yang sedia ada dan tanggungjawab sosial. MARA tetap komited dalam menjadikan kebajikan rakyat Bumiputera sebagai keutamaan dalam semua dasar dan projeknya dan ini dapat dilihat melalui slogan, Transformasi Menuju Kejayaan di bawah 1MPAK.

     MPAK10     MPAK30     MPAK20

 

Belia harapan bangsa

 

Persatuan Belia Kg Luit aktif bermula pada tahun 2005. Tujuan Persatuan ini ditubuhkan adalah untuk merancang dan melaksanakan pelbagai program kepada masyarakat, belia khususnya melalui aktiviti kemasyarakatan, sukan dan permainan, keusahawanan, kesenian dan keagamaan. Ahli Jawatankuasa Persatuan Belia Kampung Luit adalah seramai 15 orang dan mempunyai 137 ahli. Persatuan Belia Kg Luit merupakan antara persatuan belia yang cukup aktif dalam segala bidang.

 

 

Pada Mac 2006, belia Kampung Luit telah menyertai pertandingan belia di Peringkat Negeri Pahang. Penilaiannya yang diambil kira oleh pemerhati seperti keusahawanan yang melibatkan golongan belia Kg Luit. Kebanggaan ke atas belia Kg Luit, di mana diiktirafkan sebagai johan pada Peringkat Daerah dan mendapat tempat ke-3 di Peringkat Negeri. Keputusan yang membanggakan ini telah menaikkan nama belia Kg Luit sebagai belia yang aktif dalam segala bidang. Antara aktiviti-aktiviti yang pernah dan sedang dianjurkan oleh belia Kg Luit seperti di bawah.

 

1) MENGIKUTI KURSUS-KURSUS / PROGRAM-PROGRAM KEMASYARAKATAN

 

Persatuan Belia Kampung Luit cukup aktif dalam menganjurkan pelbagai aktiviti yang membabitkan golongan belia di Kg Luit ini. Antaranya dengan mengadakan program-program kemasyarakatan iaitu gotong-royong, kenduri-kendara, kematian dan bekerjasama dengan orang tua di masjid.

 

 

 

Pada 7 - 10 Mei 2009, satu Program Anak Angkat telah dianjurkan dengan kerjasama antara Universiti Malaysia Pahang bersama JKK Kg Luit. Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara penduduk kampung bersama mahasiswa. Di samping itu, program ini turut bertujuan untuk melatih siswazah berkomunikasi dengan pelbagai lapisan masyarakat. Program ini melibatkan seramai 80 siswazah, 20 kakitangan universiti dan 40 keluarga yang terdiri daripada penduduk Kampung Luit dan Ulu Luit. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program tersebut  seperti gotong-royong, riadah bersama keluarga angkat, forum perdana dan sebagainya. Dalam program ini  juga seramai 50 belia Kg Luit terlibat dalam menjayakan program anak angkat ini.