Belia harapan bangsa

 

Persatuan Belia Kg Luit aktif bermula pada tahun 2005. Tujuan Persatuan ini ditubuhkan adalah untuk merancang dan melaksanakan pelbagai program kepada masyarakat, belia khususnya melalui aktiviti kemasyarakatan, sukan dan permainan, keusahawanan, kesenian dan keagamaan. Ahli Jawatankuasa Persatuan Belia Kampung Luit adalah seramai 15 orang dan mempunyai 137 ahli. Persatuan Belia Kg Luit merupakan antara persatuan belia yang cukup aktif dalam segala bidang.

 

 

Pada Mac 2006, belia Kampung Luit telah menyertai pertandingan belia di Peringkat Negeri Pahang. Penilaiannya yang diambil kira oleh pemerhati seperti keusahawanan yang melibatkan golongan belia Kg Luit. Kebanggaan ke atas belia Kg Luit, di mana diiktirafkan sebagai johan pada Peringkat Daerah dan mendapat tempat ke-3 di Peringkat Negeri. Keputusan yang membanggakan ini telah menaikkan nama belia Kg Luit sebagai belia yang aktif dalam segala bidang. Antara aktiviti-aktiviti yang pernah dan sedang dianjurkan oleh belia Kg Luit seperti di bawah.

 

1) MENGIKUTI KURSUS-KURSUS / PROGRAM-PROGRAM KEMASYARAKATAN

 

Persatuan Belia Kampung Luit cukup aktif dalam menganjurkan pelbagai aktiviti yang membabitkan golongan belia di Kg Luit ini. Antaranya dengan mengadakan program-program kemasyarakatan iaitu gotong-royong, kenduri-kendara, kematian dan bekerjasama dengan orang tua di masjid.

 

 

 

Pada 7 - 10 Mei 2009, satu Program Anak Angkat telah dianjurkan dengan kerjasama antara Universiti Malaysia Pahang bersama JKK Kg Luit. Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara penduduk kampung bersama mahasiswa. Di samping itu, program ini turut bertujuan untuk melatih siswazah berkomunikasi dengan pelbagai lapisan masyarakat. Program ini melibatkan seramai 80 siswazah, 20 kakitangan universiti dan 40 keluarga yang terdiri daripada penduduk Kampung Luit dan Ulu Luit. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program tersebut  seperti gotong-royong, riadah bersama keluarga angkat, forum perdana dan sebagainya. Dalam program ini  juga seramai 50 belia Kg Luit terlibat dalam menjayakan program anak angkat ini.