1MPAK adalah kempen kebangsaan bagi penduduk Malaysia yang memberi tumpuan kepada golongan berpendapatan rendah. Kempen ini akan diadakan di daerah yang terpilih di seluruh negara mulai Januari 2018. Terdapat empat elemen 1MPAK yang diterapkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) iaitu ‘Building Leaders and Entrepreneurial Society (BLESS)’, Perantis Malaysia, inisiatif MARA yang sedia ada dan tanggungjawab sosial. MARA tetap komited dalam menjadikan kebajikan rakyat Bumiputera sebagai keutamaan dalam semua dasar dan projeknya dan ini dapat dilihat melalui slogan, Transformasi Menuju Kejayaan di bawah 1MPAK.

     MPAK10     MPAK30     MPAK20