i. PROGRAM myPRENEUR
Program khas kerjasama antara KBS dan PUNB bertujuan untuk menyediakan laluan pembangunan keusahawanan, meneroka peluang untuk mengembangkan perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi serta jalinan rangkaian dengan usahawan Bumiputera dan agensi terpilih. Antara pengisian kerjasama program ini adalah JUMPER Start Up.
Program JUMPER 'Start Up' ialah program latihan keusahawanan bagi siswazah muda Bumiputera (Perantis) yang memilih untuk menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.
Para perantis akan di dedahkan kepada pembelajaran sebenar tentang pengurusan perniagaan melalui latihan sangkut di syarikat naungan PUNB (mentor).
Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran perantis sebagai persediaan awal bagi menjadi seorang usahawan. Proses Permohonan Program JUMPER 'Start Up' PUNB adalah seperti turutan di bawah:
- - Peserta mendaftar dan menghadiri temuduga panel
- - Pemberitahuan sekiranya disenarai pendek
- - Proses penempatan & kelulusan
- - Peserta menyertai kursus induksi & motivasi keusahawanan
- - Peserta lapor diri & latihan bermula
Syarat permohonan:
- - Usahawan Bumiputera berumur 18-35 tahun
- - Pemegang Ijazah, Diploma, Sijil Kemahiran (tahap 2 keatas) dari institusi yang diiktiraf MQA
- - Mempunyai sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman kerja (termasuk latihan industri semasa tempoh pengajian) dalam apa jua industri.
- - Keutamaan diberikan kepada mereka yang berpengalaman dalam bidang perniagaan
- - Sanggup menjalani latihan sepenuh masa