Sekolah Kebangsaan Ulu Luit atau nama ringkasnya SK Ulu Luit, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Maran Kuantan.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Ulu Luit memiliki 176 pelajar lelaki dan 182 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 358 orang. Ia mempunyai seramai 30 orang guru. 

 Sekolah Kebangsaan Ulu Luit (SKUL) telah dibangunkan oleh penduduk kampung pada pertengahan tahun 1930 atas nasihat Penghulu Mukim Luit pada masa itu encik Che Wan Taha. Encik Abu Karim dan ketua Kampung Luit pada masa itu encik Omar bin Hj Mahusin merupakan pengasas yang paling penting bagi menjayakan projek tersebut sehingga berjaya.

     Bangunan asal diperbuat daripada bahan-bahan tempatan. Rangka asas daripada kayu bulat, lantainya daripada batang Nibung dan beratapkan daun Rumbia. Bangunan ini siap dibina pada tahun 1931 dan ianya boleh menapung seramai 50 orang murid. Ia mempunyai 2 orang guru beserta 30 orang murid dari tahun 1 hingga tahun 3 Guru Besar yang pertama ialah Tuan Haji Omar bin Mahusin, dilantik oleh kerajaan pada tahun 1931.

   

KEMUDAHAN PENDIDIKAN BILANGAN
Taska perpaduan 1
Tadika (kemas) 2
Sekolah rendah 1
Sekolah menengah 1
Makmal komputer 2
Perpustakaan desa 1

Perlawanan bola sepak peringkat zon luit telah diadakan pada 18 april 2017 bertempat di Sekolah Rendah Ulu Luit. Perlawanan tersebut melibatkan sekolah rendah di bawah zon luit seperti SK Ulu Luit,SK Bukit Tajau, SK Serengkam, SK Paya Pasir dan lain lain. Perlawanan tersebut bermula kira kira pada pukul 9.00 pagioo dan berakhir pada pukul 1.00 tengahari. SK Maran telah menjadi johan pada pertandingan kali ini dan naib johan disandang oleh SK New Zealand, diikuti Sk Paya Pasir di tempat ke 3 dan tuan rumah hanya mampu mendapat tempat ke 4 pada kali ini. Orang ramai juga turut memeriahkan suasana disamping memberi semangat kepada pasukan yang bertanding.