Pendidikan Khas

SOALAN

Di manakah tempat yang sesuai untuk anak berkeperluan khas mendapat pendidikan di Malaysia?

JAWAPAN

Pendidikan khas 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan pendidikan bagi murid berkeperluan khas menerusi Program Pendidikan Khas yang disediakan diSekolah Pendidikan Khas (SPK), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Program Pendidikan Inklusif (PPI). Sehingga 31 Januari 2019, terdapat 28 buah Sekolah Pendidikan Khas, 2 buah Sekolah Menengah Pendidikan Khas dan 4 buah Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional. Manakala sekolah yang menawarkan PPKI adalah sebanyak 2,375 buah sekolah dan sebanyak 5,986 buah sekolah yang menawarkan PPI di seluruh negara.

(Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia)