Untuk menjadi 20 negara teratas dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi, dua cabaran pendidikan yang perlu diselesaikan. Pertama, memastikan pendidikan diiktiraf diperingkat global dan yang kedua adalah melalui pendidikan dapat menciptakan peluang pekerjaan baharu.
- 1) Bantuan Awal Persekolahan adalah bantuan tunai di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi semua murid bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa/penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan akan datang
- 2) Pembayaran dibuat secara one-off (sekali bayar) sebanyak RM150 kepada setiap murid mulai Januari 2024
- 3) Bantuan BAP akan disalurkan melalui sekolah dan diagihkan kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing
- Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kenyataan Media Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2024
PENGENALAN
Kementerian Pendidkan telah melaksanakan beberapa program bantuan penting antaranya termasuklah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Pada tahun 1975, program ini dilancarkan untuk semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Pada tahun 1983, program ini telah diperluas ke semua Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri dan Sekolah Menengah Agama Rakyat yang berdaftar dengan Majlis / Jabatan / Yayasan Agama Islam Negeri.
MATLAMAT
Memastikan pelajar daripada kalangan ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu menerima buku teks SPBT pada minggu pertama sesi persekolahan bermula.
OBJEKTIF
- Meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu.
- Memastikan murid daripada keluarga yang kurang mampu tidak tercicir dalam persekolahan mereka.
FUNGSI
- Melaksanakan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) bagi semua Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Sekolah Menengah Agama Rakyat.
- Mengawal penggunaan buku teks.