Sekolah Kebangsaan Ulu Luit atau nama ringkasnya SK Ulu Luit, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Maran Kuantan.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Ulu Luit memiliki 176 pelajar lelaki dan 182 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 358 orang. Ia mempunyai seramai 30 orang guru. 

 Sekolah Kebangsaan Ulu Luit (SKUL) telah dibangunkan oleh penduduk kampung pada pertengahan tahun 1930 atas nasihat Penghulu Mukim Luit pada masa itu encik Che Wan Taha. Encik Abu Karim dan ketua Kampung Luit pada masa itu encik Omar bin Hj Mahusin merupakan pengasas yang paling penting bagi menjayakan projek tersebut sehingga berjaya.

     Bangunan asal diperbuat daripada bahan-bahan tempatan. Rangka asas daripada kayu bulat, lantainya daripada batang Nibung dan beratapkan daun Rumbia. Bangunan ini siap dibina pada tahun 1931 dan ianya boleh menapung seramai 50 orang murid. Ia mempunyai 2 orang guru beserta 30 orang murid dari tahun 1 hingga tahun 3 Guru Besar yang pertama ialah Tuan Haji Omar bin Mahusin, dilantik oleh kerajaan pada tahun 1931.