Bersama-sama penduduk setempat menjayakan program literasi ICT dan dashboard pada 13 oktober yang lepas. Turut serta JKKK kg Luit dan Pejabat Risda Maran dalam program gubahan coklat oleh usahawan Risda. Untuk makluman usahawan Risda adalah usahawan dari PEDi Kg Luit juga Bagi memeriahkan lagi suasana, pihakPEDi Kg Luit sediakan cabutan bertuah untuk pengunjung yang datang.

WhatsApp Image 2022 10 13 at 13.53.04 1

Klik Gambar Di sini

Kursus Jenazah atau Kursus Pengurusan Jenazah merupakan langkah penting untuk memastikan pengurusan jenazah dilakukan dengan benar dan mengikut syariat Islam. Dengan memahami tatacara pengurusan jenazah yang benar, memahami hikmah dan kebijaksanaan di sebalik pengurusan jenazah, menyumbang pada kesejahteraan ummah, meningkatkan kualiti pengurusan jenazah di masyarakat, dan membantu mengatasi kekurangan tenaga kerja dalam pengurusan jenazah, kita dapat menjalankan kewajipan mengurus jenazah dengan penuh tanggungjawab dan kesungguhan. Oleh itu, mari kita mengambil langkah proaktif dalam meningkatkan pengetahuan dan keterampilan kita dalam pengurusan jenazah dengan mengikuti kursus ini.

TARIKH : 13/10/2023

MASA : 8:00 pagi - 12:30 tengah hari

TEMPAT : Masjid Kg Luit

BILANGAN JPKK DAN JPKKP MENGIKUT NEGERI

BIL.

NEGERI

BILANGAN JPKK/JPKKP

1.

Johor

670

2.

Melaka

316

3.

Perak

829

4.

Terengganu

1,046

5.

Kelantan

636

6.

Pahang

542

7.

Perlis

387

8.

Sarawak

5,976

9.

Wilayah Persekutuan Labuan

27

10.

Kedah

1,025

11.

Negeri Sembilan

393

12.

Selangor

371

13.

Pulau Pinang

363

14.

Sabah

2,853

JUMLAH KESELURUHAN

15,434

*Data sehingga Ogos 2020

JPKK Kg Luit telah mengadakan khursus Asas komputer untuk Ahli Jawatankuasa Kampung. Tenaga pengajar dari JPKK sendiri. Khursus ini amar diperlukan di zaman digital ini. Diharapkan peserta yang menghadiri khursus dapat memanfaatkan ilmu yang di ajar serta memperaktikkannya untuk kegunaan masa akan datang.

pc

Ketua kampung, JPKK diingatkan sentiasa turun padang - Hajiji

Eleanor Michelle Patrick
 
Hajiji turut mengingatkan ketua kampung dan JPKK agar terus menyampaikan semua bantuan yang diberikan kerajaan kepada rakyat, terutama ketika krisis kesihatan ini. - Gambar fail
 
TUARAN: Ketua kampung serta pengerusi jawatankuasa pembangunan dan keselamatan kampung (JPKK) digesa untuk sentiasa turun padang bagi mengetahui masalah penduduk di kawasan mereka.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata ia termasuk bagi menerangkan agenda pembangunan oleh kerajaan negeri.
Jelasnya, sebagai pemimpin di peringkat akar umbi, mereka perlu menjalankan amanah dan tugas yang diberikan dengan penuh tanggungjawab, khususnya ketika penularan pandemik COVID-19 ini.
Penularan pandemik COVID-19 memberi kesan besar ke atas ekonomi negeri dan rakyat, malah banyak sektor yang terjejas termasuk pelancongan.
Sebab itu apabila kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menerajui kerajaan negeri, saya melancarkan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) sebagai agenda atau pelan pembangunan negeri ini.
 
“Hala Tuju SMJ ini adalah untuk memulihkan semula ekonomi dan kesejahteraan rakyat di negeri ini. Kerajaan juga turut memberikan pelbagai bantuan termasuk pemberian tunai one-off untuk membantu ekonomi rakyat.
“Justeru, ketua kampung dan JPKK memainkan peranan penting untuk menjelaskan agenda ini kepada rakyat di kawasan masing-masing. Apa bantuan yang diberikan dan siapa yang layak untuk mendapatkannya,” katanya di majlis penyampaian Sumbangan Bakul Makanan B40 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman, di sini hari ini.
Penyerahan sumbangan itu membabitkan tiga mukim di DUN Sulaman iaitu Mukim Serusup, Indai dan Tambalang. Tambah beliau, Halatuju SMJ akan dilancarkan pada hujung bulan ini.
Setakat 11 Mac 2021, sebanyak 284,666 bakul makanan atau kira-kira 85.59 peratus sudah diagihkan kepada golongan sasar di Sabah.
Mengulas lanjut, Hajiji yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman turut mengingatkan ketua kampung dan JPKK agar terus menyampaikan semua bantuan yang diberikan kerajaan kepada rakyat, terutama ketika krisis kesihatan ini.
“Jangan pula apabila dilantik sebagai pemimpin, hanya mahu fikir projek sahaja, tidak mahu turun padang, tidak mahu bekerjasama termasuk meminggirkan mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan.
“Sebaliknya kita perlu peka dengan setiap masalah penduduk di kawasan masing-masing dan menyampaikan maklumat berkaitan bantuan kerajaan kepada rakyat,” katanya sambil menambah pelbagai bantuan yang diberikan itu membuktikan GRS adalah kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab.

Kalendar

November 2024
S M T W T F S
1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30