hfmd poster

Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia. 
 

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

  1. 1) tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
  2. 2) bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
  3. 3) sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
  4. 4) membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;
  5. 5) memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
  6. 6) membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.

Klinik 1Malaysia ditubuhkan bagi menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan ringan kepada penduduk setempat. Klinik 1Malaysia di Bandar Maran terletak di Taman Maran Impian. Alamatnya No.21, Lorong Impian 1, Taman Maran Impian, 26500 Maran, Pahang. Masa beroperasi adalah dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam termasuk cuti umum dan hujung minggu. Antara perkhidmatan yang di sediakan ialah :

1. Perkhidmatan rawatan ringan seperti demam, batuk, selsema;

2. Rawatan susulan kes pesakit kronik yang stabil termasuklah penyakit kencing manis, darah tinggi

3. Prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka dan buka jahitan;

4. Perkhidmatan ujian makmal seperti ujian air kencing, ujian HIV dan ujian tibi.

Klinik 1Malaysia dikendalikan oleh jururawat dan pembantu hospital, klinik ini sentiasa dipantau oleh Jabatan Kesihatan. Setiap lawatan dikenakan caj hanya RM1 bagi warganegara dan percuma untuk warga emas.

Bangun lewat, makan lewat dan mandi lewat tapi yang paling best bila ada yang tak mandi langsung pada hari siang. Baik mengaku siapa yang selalu buat? Umpama membalas dendam pula, anda lebih suka bermalas-malasan dengan baju tidur yang dah mula ‘naik bau’ setelah dipakai semalaman.

Ketahuilah sikap malas mandi atau lambat mandi boleh membuka jalan untuk penyakit menyerang anda. Terutamanya pada penyakit kulit.

#1 Sentiasa diingatkan mandi waktu pagi sangat baik untuk kecantikan kulit. Ia sebagai langkah bersedia untuk kulit berdepan dengan radikal bebas, cahaya matahari dan pencemaran atau kotoran yang berada disekeliling. Malah, ia waktu paling terbaik untuk membersih badan anda dari kotoran, bakteria dan kuman yang terkumpul pada katil.

#2 Sudahlah bangun lewat, mandi pun tidak sebab itu anda sering diserang sakit kepala. Mandi pagi boleh membantu peredaran darah dan mengembalikan kecergasan a.k.a rasa segar. Perasan tak, bila tak mandi asyik rasa malas dan tidak bersemangat.

#3 Kerap demam, selesema dan berhingus itu semua punca dari sikap mandi lewat. Kajian mendapati mandi pagi boleh menghasilkan lebih darah putih untuk meningkatkan sistem imuninasi badan. Barulah badan anda tidak mudah jatuh sakit dan melawan bakteria, virus dan mikroorganisma penyebab penyakit.

Setiap kali kedatangan Ramadhan, kita sentiasa memasang niat untuk menjadikan Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik bagi kita. Terbaik dalam ubudiah kita kepada Allah, terutamanya di dalam melaksanakan ibadah-ibadah khususiah seperti puasa, membaca Al-Qur’an, Solat, Qiamullail, zikir dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan bahawa kesemua ibadah tersebut hanya akan dapat dilakukan dengan menetapkan niat, keazaman yang kuat dan kesihatan tubuh badan yang baik.

Untuk menjadikan keadaan fizikal kita berada di dalam keadaan optima pada bulan yang penuh ganjaran ini, dikongsikan bersama beberapa tips yang dapat sama-sama kita amalkan:

1. Bersahur

Makan yang terpenting pada satu-satu hari adalah makan pagi. Sahur adalah makan pagi yang diawalkan sedikit. Kerana itu tidak dinamakan bersahur jika kita mengambilnya pada pukul 12 tengah malam. Waktu sahur adalah di penghujung malam, terutamanya sebelum masuk waktu Subuh. Makanlah ‘slow burning food’ (makanan yang lambat hadam) seperti nasi dan roti semasa bersahur. Kurangkan meminum teh semasa bersahur kerana teh mengandungi ‘theophyline’, satu bahan yang menggalakan kencing. Ini boleh menyebabkan badan akan kehilangan lebih air (dehidrasi) semasa berpuasa.

Pastikan anak-anak kita yang berlatih berpuasa supaya bersahur, kerana badan mereka yang kecil lebih memerlukan makanan yang berzat semasa bersahur untuk bertahan semasa berpuasa di siang hari.

2. Berbuka

Bersegeralah berbuka. Berbukalah dengan makanan ‘simple carbohydrate’ (gula ringkas) terlebih dahulu seperti ruthaab (kurma basah) atau tamar (kurma kering). Ruthaab lebih berkhasiat dari tamar kerana lebih berserat dan kandungan nutrient yang lebih tinggi. Kurma adalah makan ‘low fat, high fibre’ (rendah lemak dan tinggi serat) yang mempunyai 60-70% fruktosa dan glukosa serta pelbagai nutrisi lain seperti protein, zat besi, kalsium, vitamin A dan B. Pengambilan kurma sebagai makanan permulaan berbuka akan memberikan tenaga segera kepada badan yang seharian berpuasa. Ini akan menjadikan badan segera cergas. Berbuka dengan karbohidrat kompleks boleh menjadikan badan lebih letih kerana tenaga di dalam badan perlu digunakan terlebih dahulu untuk menghadam makanan tersebut sebelum menghasilkan tenaga baru.

Bersederhanalah dalam berbuka. Adalah baik jika kita makan sebagaimana kita makan malam pada hari-hari biasa. Makanlah makanan yang seimbang yang mengandungi kesemua elemen yang diperlukan oleh badan terdiri dari karbohidrat, protein, lemak dan vitamin. Perbanyakkan makan berserat dan kurangkan makanan berlemak dan berminyak. Berhenti makan ketika kita mula merasa kenyang.

Adalah baik kita berbuka dengan makanan yang dimasak sendiri kerana kebersihan dan kandungan zatnya adalah terjamin. Kurangkan mimuman yang manis semasa berbuka lebih-lebih lagi minuman bergas (soft drink).

3. Selepas Tarawikh

Kita mungkim akan merasa agak lapar selepas tarawih selepasa berbuka secara sederhana. Perbanyakkan minum air kosong bagi menampung kembali kehilangan air badan dalam cuaca tempatan yang panas ini. Dalam keadaan biasa, badan memerlukan 6 gelas air sehari. Adalah baik kita mengambil buah-buahan kerana buah-buahan mengandungi serat dan anti-oksida yang dipercayai boleh mencegah barah. Minum air yang secukupnya dan makanan berserat akan membantu mengurangkan sembelit. Pembuangan air besar yang baik akan membantu badan membuang bahan-bahan toksik. Pastikan kita jangan turus tidur selepas makan. Berilah satu tempoh masa tertentu sebelum tidur.

4. Siang Hari

Puasa yang sebenar akan menjadikan kita lebih fokus terhadap kerja. Jadikan Ramadhan ini satu tempoh kita dapat melakukan tugas-tugas pejabat dengan lebih berkesan. Dengan itu kita lebih dapat memberikan masa kepada ibadah khusus seperti membaca Al-Qur’an dan bersolat. Kurangkan tidur disiang hari , melainkan sekadar untuk mendapatkan tenaga bagi melaksanakan qiam di malam hari.

Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak.