Bangun lewat, makan lewat dan mandi lewat tapi yang paling best bila ada yang tak mandi langsung pada hari siang. Baik mengaku siapa yang selalu buat? Umpama membalas dendam pula, anda lebih suka bermalas-malasan dengan baju tidur yang dah mula ‘naik bau’ setelah dipakai semalaman.
Ketahuilah sikap malas mandi atau lambat mandi boleh membuka jalan untuk penyakit menyerang anda. Terutamanya pada penyakit kulit.
#1 Sentiasa diingatkan mandi waktu pagi sangat baik untuk kecantikan kulit. Ia sebagai langkah bersedia untuk kulit berdepan dengan radikal bebas, cahaya matahari dan pencemaran atau kotoran yang berada disekeliling. Malah, ia waktu paling terbaik untuk membersih badan anda dari kotoran, bakteria dan kuman yang terkumpul pada katil.
#2 Sudahlah bangun lewat, mandi pun tidak sebab itu anda sering diserang sakit kepala. Mandi pagi boleh membantu peredaran darah dan mengembalikan kecergasan a.k.a rasa segar. Perasan tak, bila tak mandi asyik rasa malas dan tidak bersemangat.
#3 Kerap demam, selesema dan berhingus itu semua punca dari sikap mandi lewat. Kajian mendapati mandi pagi boleh menghasilkan lebih darah putih untuk meningkatkan sistem imuninasi badan. Barulah badan anda tidak mudah jatuh sakit dan melawan bakteria, virus dan mikroorganisma penyebab penyakit.