Minum air yang mencukupi

Kepentingan air kepada tubuh memang tidak dapat disangkal. 70% kandungan badan manusia adalah terdiri daripada air. Dehidrasi adalah sangat merbahaya terutama kepada ibu hamil, memberi kesan kepada pengeluaran susu ibu, gangguan kepada fungsi-fungsi badan dan banyak lagi.

Ketika berpuasa, memang sukar untuk memastikan seseorang individu itu untuk minum 2-3 liter air setiap hari. Sekiranya pengambilan air sebanyak 3 liter pada sekali waktu, ia memang sesuatu jumlah yang banyak. Namun, bagi 3 liter per hari, ia merupakan nisbah yang sangat ideal untuk badan di bulan Ramadhan ini.

Kementerian Kesihatan telah mengesyorkan agar rakyat Malaysia mengikuti pembahagian air sebanyak 8 gelas per hari dengan mengikuti langkah berikut:

Bermula dengan sebaik sahaja bangun untuk bersahur, mulakan dengan pengambilan segelas air mineral atau air kosong sebelum mengambil apa-apa hidangan. Kemudian, selepas menikmati sahur, akhiri dengan minum segelas air kosong lagi sebagai minuman yang terakhir sebelum azan subuh berkumandang.

Seterusnya iaitu selepas waktu maghrib, ambil segelas lagi air mineral sebelum dan selepas menjamah hidangan berbuka puasa. Manakala, selepas menunaikan solat Maghrib, ambil segelas air mineral lagi.

Dan bagi melengkap 3 gelas yang terakhir, individu boleh mengambil segelas air samada sebelum atau selepas Isyak, selepas solat terawih dan akhir sekali sebelum tidur.

13419085 10153499262321237 3753364097159384644 n