Norma Baharu di Sekolah :
KESELAMATAN KESIHATAN PELAJAR DAN GURU JADI KEUTAMAAN ðŸ™‚

Pembukaan semula sesi persekolahan berkapasiti penuh bakal bermula dan diharap berjalan lancar dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan serta proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) norma baharu.

Pihak sekolah digesa untuk mengikut garis panduan yang disediakan sebagai rujukan kepada pegawai bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pentadbir serta guru di sekolah tentang pengurusan sekolah dengan mengambil kira langkah-langkah bagi mengawal penularan jangkitan penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19).

#staysafe #stayprotected #kitajagakita #kitapastimenang

107530056 3177196372348279 2037631082149063902 n