Tasik Chini salah satu destinasi pelancongan menarik di Pahang, terletak kira-kira 250 km dari Kuala Lumpur dan 100 km dari Kuantan, ia boleh diakses melalui jalan raya melalui Lebuhraya Karak atau Lebuhraya Segamat.

Lokasi Tasik Chini agak jauh ke dalam. Namun boleh menaiki kenderaan sebesar bas dan kelihatan juga lori-lori keluar masuk dari kawasan tersebut. Tasik Chini boleh dikatakan sebagai salah satu lokasi tarikan pelancong kerana aku melihat beberapa pelancong asing dari eropah dan China mengunjungi Tasik Chini ini.

Kelengkapan asas seperti katil, penghawa dingin, bilik air dan meja kecil terdapat di Deluxe Room. Suasananya agak selesa untuk menginap 4 hari 3 malam di sini, ia sesuai untuk golongan pemancing dan mereka yang ingin menjalankan kajian tentang flora dan fauna.

Sejarah Tasik Chini.

Tasik Chini ialah sebuah tasik air tawar yang kedua terbesar di Malaysia dengan keluasan 12,565 ekar. Tasik Chini mengandungi rangkaian 12 buah tasik (disebut ‘laut’ oleh masyarakat Orang Asli tempatan) yang bercantum antara satu sama lain. Tasik Chini menawarkan persekitaran yang tenang dan damai disebalik misteri dan lagenda zaman berzaman yang tiada jawapan hingga kini. Kononnya, pada zaman dahulu , tasik Chini adalah tapak sebuah kota besar khmer yang kini telah tenggelam dan dijaga oleh makhluk misteri.

Khabarnya juga, makhluk misteri ini pernah ditemui oleh penduduk-penduduk tempatan, tetapi walau bagaimanapun, kewujudan makhluk tersebut masih belum dapat disahkan secara saintifik. Masyarakat tempatan percaya bahawa tasik ini didiami oleh seekor naga yang besar.

 

Mitos Naga Tasik Chini.

Diceritakan ada perkampungan di bawah tasik chini itu di mana terdapat harta karun yang berupa emas. Seekor naga menjaga harta karun itu dari diganggu oleh sesiapa pun. Ada juga yang mengatakan bahawa naga air itu suka memakan teratai di tasik tersebut. Pokok teratai ini dikatakan bermusim dari bulan Jun hingga bulan September.

Bagi aku, kemungkinan hidupan seumpama naga air yang digambarkan itu ada. Tetapi pada masa sekarang, ia seakan-akan Oarfish yang pernah dijumpai di beberapa lokasi di luar negara.

 

 Kaunter Lake Chini Resort1     Jeti Tasik Cini Waktu Siang2     Pelangi Tasik Chini2