Waterpark Kubang Gajah Temerloh Pahang merupakan kawasan rekreasi bagi penduduk di kawasan sekitar Temerloh, Pahang. Ia merupakan kawasan yang rekreasi yang sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga,anak-anak dan kawan2.
Kawasan ini agak strategik menyebabkan ramai pengunjung datang ke Waterpark Kubang Gajah ini. Kawasannya juga berhampiran dengan bandar Temerloh jadi mudah bagi pengunjung untuk datang beriadah sambil membeli-belah sekitar mall berhampiran.
Selain itu juga,kawasan Waterpark Kubang Gajah ini menjadi tumpuan pengunjung kerana berhampiran dengan taman permainan dan berdekatan tasik yang luas dan cantik. Di samping beriadah kita dapat juga menghirup udara segar di tepian tasik.
Pengunjung juga tidak perlu gusar untuk solat kerana Waterpark Kubang Gajah ini berdekatan dengan Surau Bukit Angin dan Masjid Baru Temerloh.
Untuk peminat masakan Pahang Ikan Patin Tempoyak, Kubang Gajah Waterpark juga berdekatan dengan Restoran ikan patin tempoyak terkenal di Temerloh Pahang iaitu Gobang Maju Patin Tempoyak Temerloh, Patin Pak Usop dan Abang Zul Ikan Patin[hanya menyebutkan bbrp nama restoran ikan patin yg admin pernah pergi]. Selepas mandi manda pasti perut lapar jadi restoran ikan patin tentu jadi pilihan anda.
Kubang Gajah Waterpark juga berdekatan dengan Pusat Santuari Gajah, Kuala Gandah dan Deerland Park Lanchang mengambil masa 45 minit dengan menaiki kereta.
Percutian anda pasti berbaloi2. Manfaatkan masa bersama keluarga dan kawan2 ke Kubang Gajah Waterpark.
ALAMAT :
WATERPARK KUBANG GAJAH,
NO.1, TAMAN AWAM KUBANG GAJAH,
28000 TEMERLOH
PAHANG DARUL MAKMUR
* Berdekatan Surau Bukit Angin Temerloh dan Masjid Baru Temerloh
* Berdekatan dengan Restoran Gobang Patin Tempoyak
* Berdekatan dengan Restoran Buffet Steamboat Rotarium
* Berdekatan dengan Gerai Makan Pak Usop Istimewa Gulai Ikan Patin Tempoyak
HARGA TIKET DAN WAKTU OPERASI MULAI 01.10.2015
::::::::::
1) CUTI UMUM,CUTI SEKOLAH , SABTU & AHAD
DIBUKA : 7 HARI SEMINGGU
JAM : 09.00 PAGI - 07.30 MALAM
DEWASA : RM10.00
KANAK2 (2-12 thn) : RM8.00
KANAK2 (1 thn 11 bln ke bwh-my kid) : PERCUMA
OKU (pemegang KAD OKU) : RM5.00
WARGA EMAS (60 thn ke atas-my kad) : RM5.00
Group melebihi 25 orang : less 10% [ dewasa RM9.00 / kanak2 RM7 ]
TIADA TIKET PENJAGA ( PROMOSI HARI SEKOLAH SHJ)
::::::::::
# MAKANAN BOLEH BAWA MASUK
# Binatang peliharaan TIDAK dibenarkan bawa masuk.TQ
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH TERUS HUBUNGI Call/Whatsapp :
019-324 7782 (YANTI ) 019-988 2377 ( RAFI )