Air terjun Lubuk Yu terletak di MaranPahangMalaysia. Ia berdekatan dengan tanah rancangan FELDA Jengka dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Khazanah Alamdan Hutan Lipur TeladasLoji Air Hulu Jempol terletak di kaki Gunung Berantai.[1] Ia terletak 30 km dari bandar Maran dan 100 km dari bandar Kuantan. Terletak di Kompartmen 56 & 57 Hutan Simpan Berkelah.

Nama air terjun ini sempena nama kesan air terjun yang berbentuk huruf U. Pengunjung terpaksa melalui kawasan kebun getah sejauh dua kilometer dari jalan utama. Pengunjung boleh datang dari Jalan Maran-Jerantut atau Jalan Bandar Jengka-FELDA Ulu Jempol untuk ke Lubuk Yu.