JENIS BANTUAN:Bantuan Khusus

PENGENALAN :

  • Biasiswa ini telah diperkenalkan sejak tahun 1970-an yang bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan memberi perangsang kepada murid dari golongan keluarga berpendapatan rendah supaya mengekalkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum sepanjang persekolahan di peringkat sekolah menengah.

 

KADAR :

  • Tingkatan 1 – 4 : RM70.00 sebulan x 12 bulan.
  • Tingkatan 5 : RM70.00 sebulan x 11 bulan.
  • Tingkatan 6 Rendah (Aliran Sains) : RM110.00 sebulan x 7 bulan.
  • Tingkatan 6 Atas (Aliran Sains) : RM110.00 sebulan  x 11 bulan.
  • Tingkatan 6 Rendah (Aliran Sastera) : RM90.00 sebulan x 7 bulan.
  • Tingkatan 6 Atas (Aliran Sastera) : RM90.00 sebulan x 11 bulan.

 

PEMILIHAN :

  • Warganegara Malaysia.
  • Tingkatan 1 – 6 yang bersekolah di SK & SBK.
  • Pendapatan ibu bapa/penjaga RM1500 sebulan dan ke bawah.
  • Cemerlang dalam akademik dan kokurikulum mengikut merit yang ditetapkan.
  • Tidak menerima sebarang biasiswa atau elaun /insentif kewangan lain daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

KAEDAH PENYALURAN : 

  • Biasiswa disalurkan oleh KPM terus ke akaun murid yang layak.