Organisasi NGO Wanita Malaysia Anda Perlu Kenali

Dengan semangat meraikan dan memperingati kejayaan wanita tanggal 8 Mac ini, wanita serata dunia kini bisa melihat sedikit perubahan ikutan suara golongan wanita yang dilontarkan agar mereka didengari oleh dunia. Lebih-lebih lagi di Malaysia.

Segelintir masyarakat masih lagi menganggap wanita harus sentiasa berada di belakang lelaki dan tidak mempunyai suara sendiri. Kini dengan kelahiran generasi yang lebih memahami hak mereka sebagai seorang wanita dan manusia, change is vital. Berpayungkan  National Council of Women’s Organisations Malaysia bermula tahun 1962, beberapa organisasi yang bertujuan melindung dan memperjuangkan hak wanita Malaysia telah ditubuhkan.

Bermula pada tahun 1982, Women’s Aid Organisation (WAO) merupakan pertubuhan pertama di Malaysia yang menawarkan perlindungan, sokongan dan kaunseling kepada wanita dan kanak-kanak yang menjadi mangsa kepada keganasan rumahtangga.

WAO menempa nama sebagai salah sebuah organisasi peneraju di Malaysia dengan enakmen Akta Keganasan Rumahtangga pada tahun 1994. Pada tahun 2011, akta tersebut dipinda semula bagi memastikan akta ini lebih menyeluruh dari segi definisi keganasan yang turut melibatkan mental, emosi dan juga psikologi.

Antara pencapaian lain WAO adalah kerjasama mereka bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam menghasilkan Domestic Violence Shelter Standards dan Toolkit yang didapati melalui penyelidikan menggunakan informasi dikongsikan oleh individu-individu yang dibantu oleh mereka, WAO berupaya untuk menyelaraskas piawaian bagi setiap rumah perlindungan di Malaysia.

Menggunakan ajaran Islam dan hak asasi manusia sebagai paksi perjuangan mereka, Sisters in Islam (SIS) ingin memastikan wanita Islam di Malaysia mengetahui hak mereka di dalam negara ini dan juga Islam. Kumpulan yang terdiri daripada peguam, ahli akademik, wartawan, penganalisis, dan aktivis ini berusaha “mencabar” undang-undang serta polisi yang mendiskriminasi wanita Islam. Antara isu yang menjadi perjuangan mereka adalah poligami, perkahwinan kanak-kanak, pengawasan moral, soal hijab, keganasan terhadap wanita, dan juga hudud. Ini juga diseiimbangkan dengan perjuangan memastikan keadilan dari segi demokrasi, hak asasi manusia, dan konstitusi.

This is all we wanted … to be heard on the merits of our case in open court and to address the intersection between religion and laws which has caused religion to encroach on the laws that are being made, ujar pengarah eksekutif SIS, Rozana Isa.

Ditubuhkan pada tahun 1985 selepas menghadiri sesi bengkel bersama Joint Action Group yang memberi penerangan tentang keganasan terhadap wanita, All Women’s Action Society (AWAM) berusaha mengubah polisi sosial wanita dan memperkasakan hak wanita di Malaysia.

Selain mempertahan dan memperkasakan hak wanita Malaysia, AWAM juga membantu mendidik masyarakat tentant kesedaran dalam kes rogol, polisi anti-gangguan seksual, pemekaan jantina, kepimpinan wanita dan penyertaan politik.

Bermula 31 tahun yang lalu, Women Centre for Change sudah mula mendidik kanak-kanak daripada menjadi mangsa keganasan seksual dengan cara-cara untuk melindungi diri mereka. Misi WCC adalah untuk menghentikan keganasan jantina dan memperkasakan kesamaan jantina.

WCC juga membantu membekalkan informasi dan juga latihan kepada mereka yang memerlukan dan bisa membantu menyebarkan informasi ini. Seperti guru-guru dan juga kakitangan perubatan agar mereka lebih peka dan bersedia untuk membantu mangsa keganasan rumah tangga dan seksual.