Kampung ini telah wujud pada tahun 1960-an. Sejarahnya bermula sebelum merdeka lagi. Menurut penceritaan dari mulut ke mulut, dahulunya pendatang kaum Cina suka mendulang emas di perkampungan ini. Mereka telah mendapat pendapatan yang lumayan dan mengagung-agungkan “DUIT” dengan pelat “LUIT”, lalu masyarakat tempatan menyebut kampung itu sebagai ‘KAMPUNG LUIT” dan seterusnya panggilan itu kekal sehingga sekarang.