30 November 2023 | Aktiviti Terkini

Persidangan NaDi mengukuhkan kedudukannya sebagai platform terkemuka dalam membentuk masa depan ekonomi digital. Acara yang berlangsung pada hari ini di PICC mencapai kejayaan dengan penyertaan peserta dari kalangan usahawan, Pengurus dan Penolong Pengurus PEDi, MCMC dan sebagainya.

Persidangan tahunan ini menampilkan pembentangan dari para penceramah terkemuka yang membincangkan isu-isu terkini dalam dunia ekonomi digital, termasuk perkembangan teknologi terkini, strategi pemasaran digital, dan transformasi perniagaan dalam era digital. Sesi panel dan perbincangan interaktif turut memberi peluang kepada peserta untuk menyuarakan pendapat dan bertukar pandangan.

Antara sorotan persidangan adalah persembahan produk-produk inovatif oleh syarikat-syarikat teknologi tempatan yang menunjukkan potensi dan daya saing mereka dalam pasaran global. Peserta turut mendapat peluang untuk menjalinkan rangkaian dan kolaborasi dengan pelaku industri digital tempatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: