tahun baru cina

Setiap tahun kita akan menyambut beberapa perayaan besar negara seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidil Adha dan sebagainya.

Untuk tahun 2020, Perayaan Tahun Baru Cina jatuh pada:

  • 25.01.2020 
  • 26.01.2020

Untuk tahun ini, Hari Raya Cina tidak berada dalam cuti persekolahan, namun begitu Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun mengeluarkan Takwim Cuti Sempena Perayaan 2020, bagi memberi beberapa hari cuti sempena perayaan besar negara.

Untuk tahun 2020, KPM telah memberikan cuti pada tarikh berikut mengikut Kumpulan A dan Kumpulan B:

  • Kumpulan A: Cuti pada 23.01.2020 (Khamis) dan 27.01.2020 (Isnin)
  • Kumpulan B: Cuti pada 23.01.2020 (Khamis) dan 24.01.2020 (Jumaat)

Oleh yang demikian, secara rumusannya semua sekolah akan bercuti berdasarkan tarikh berikut;

  • Kumpulan A: 23.01.2020 – 27.01.2020
  • Kumpulan B: 23.01.2020 – 27.01.2020