Nama : Mohd Amirul Bin Jamaludin

Umur : 19 Tahun

Ahli : 2015

Latar Belakang : 

Mohd Amirul Bin Jamaludin merupakan anak kedua daripada 3 orang adik beradik. Pelajar ini baru selesai menduduki peperiksaan SPM tahun 2021 dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Jengka. Seorang yang bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang doktor. Pada masa lapang beliau suka bermain bola sepak. Oleh kerana minatnya kepada bola sepak, beliau sering mengambil bahagian di dalam pertandingan bola sepak di sekolah. Seorang yang pemalu tetapi ramah apabila rapat dengannya dia seorang yang peramah dan banyak cakap.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan di PEDi :

Beliau daripada umur 10 tahun sudah dating ke Pedi untuk melayari computer kerana di rumah dia tidak mempunyai komputer dan telefon bimbit. Pada mulanya agak lemah untuk menaip dan hanya menggunakan komputer untuk bermain game. Beliau juga tidak mengetahui komponen-komponen serta aplikasi yang terdapat di dalam komputer.Penggunaan komputer di sekolah juga terhad membataskan beliau untuk belajar secara mendalam mengenai komputer serta jarak cyber café yang agak jauh.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan di PEDi :

Setelah menjadi ahli PEDi, adik Amirul kerap ke PEDi untuk belajar cara-cara menggunakan komputer dan sering mengikuti kelas ICT yang di adakan oleh petugas pusat internet menjadikan beliau menguasai bidang komputer. Kini, beliau mahir menggunakan aplikasi komputer seperti e-pembelajaran yang sering menjadi rujukan untuk membuat latihan. Semua maklumat yang diperlukan dapat dengan pantas dengan menggunakan internet yang disediakan.