NAMA : MUHAMMAD ADAM HARIF  

UMUR : 12 TAHUN 

AHLI : 2016

pp2

Latar belakang 

Muhammad Adam Harif adalah pengunjung yang sering berkunjung ke Pi Kg Luit bagi urusan menyiapkan kerja sekolah dan berjumpa rakan. Beliau yang sering kali sibuk dengan urusan lain mengurangkan beliau daripada aktiviti berkaitan ICT ditambah dengan duduk di Asrama memandangkan tahuni ni beliau akan menduduki peperiksaan UPSR. Namun, jika beliau balik dari asrama beliau akan berkunjung ke PI untuk mengikuti kelas ICT yang di jalankan pada hujung minggu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M 

Sebelum penglibatannya di PI, beliau tidak mempunyai email peribadi, tidak cekap menaip dan tidak mampu untuk mencetak/menggunakan mesin pencetak. Sebarang rujukan kerja sekolah yang ingin beliau kaji akan dibantu dan dicetak oleh petugas PI. Beliau juga tidak mampu untuk menaip dengan cekap selain tidak boleh menggunakan peralatan ICT tanpa bantuan petugas. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M 

Petugas telah memberi panduan kepada peserta mengenai teknik asas menggunakan teknologi email, perisian seperti Microsoft Word dan melayari internet untuk mencari maklumat di PI. Setelah melalui beberapa latihan dan bengkel ICT di PI, Adam mahir menaip dengan cekap.